Wednesday, 19 March 2014

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ,Hakikatnya mereka yang gagal hari ini tidak semestinya gagal untuk selama-lamanya

Pengumuman keputusan peperiksaan terutamanya Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sangat dinanti-nantikan terutama bagi mereka yang cemerlang dalam pelajaran. Bagi mereka yang cemerlang dalam keputusan SPM tahun 2014 bagi sessi tahun 2013 tahniah diucapkan.

Namun, bagaimana dengan nasib segelintir pelajar yang dikatakan kurang cemerlang atau gagal memperoleh sebarang ‘A' dalam mata pelajaran mereka. Adakah mereka ini dianggap gagal untuk meneruskan kejayaan atau kelangsungan hidup yang cemerlang pada masa depan?

Cuba kita perhatikan setiap kali apabila keputusan peperiksaan diumumkan maka ramailah orang sekeliling akan sibuk bertanya bilangan ‘A' yang diperoleh si pelajar tersebut. Samada si pelajar tersebut pelajar yang cemerlang di sekolah ataupun tidak tetapi masyarakat sekeliling tetap menilai seseorang pelajar itu berdasarkan bilangan ‘A' yang mereka perolehinya.

Persoalannya, adakah dengan ukuran bilangan ‘A' yang mereka peroleh mencerminkan kejayaan dan kecemerlangan diri pelajar tersebut?

Tidak dinafikan mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik ialah mereka yang telah melepasi piawaian atau prasyarat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Mahu tidak mahu pelajar perlu mencapai target atau hasrat murni KPM dan akur kepada sistem yang telah ditetapkan.

Melepasi standard yang ditetapkan oleh KPM inilah antara tiket untuk pelajar lulusan SPM dan STPM untuk melangkah masuk ke alam universiti dan mendapat kelulusan yang tinggi. Sehinggakan kerajaan meletakkan sasaran 40 peratus daripada penduduknya mestilah mempunyai kelulusan tertinggi.

Tidak semestinya mereka yang cemerlang akademik pada hari ini akan menentukan jenis pekerjaan yang baik pada masa depan. Cuba perhatikan keadaan hari ini mengapa masih ramai graduan yang sudah menamatkan pengajian dengan segulung ijazah tetapi masih lagi mengganggur dan sukar mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka? Walhal mereka ini boleh dikatakan antara kelompok yang cemerlang dalam akademik sebelum memasuki universiti.

Begitulah kitarannya apabila melihat seseorang yang berjaya dan cemerlang dalam perlumbaan mencari ilmu tetapi jika ia tidak memanfaatakan ilmu tersebut ibarat pohon yang tidak berbuah. Mereka inilah sebenarnya dianggap gagal. Akan tetapi bagi seseorang yang bangkit dan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki taraf hidup pendidikannya sehingga berjaya, maka dialah yang dianggap telah berjaya dengan cemerlang.

Hakikatnya mereka yang gagal hari ini tidak semestinya gagal untuk selama-lamanya. Ini kerana pendidikan formal di sekolah menengah itu bukanlah destinasi terakhir pendidikan formal bagi mereka.

Justeru, kecemerlangan diri bukan hanya diukur dengan pencapaian akademik semata-mata atau ukuran berapa bilangan ‘A' pelajar dapat tetapi apa yang penting pelajar itu dapat melahirkan keperibadian dan akhlak yang baik, berkemahiran seterusnya dapat menzahirkan diri sebagai umat yang hebat sepanjang zaman. Bagi mereka yang gagal dalam peperiksaan itu bukanlah akan terus gagal untuk selama-lamanya. Bangkitlah kembali dalam usaha meneruskan agenda kehidupan yang lebih mencabar bukan menangisi apa yang telah berlalu.

1 comment:

  1. MENARIK...Berminat untuk permohonan kemasukan pelajar di Segi Unversity bagi bidang Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sila Hubungi En Amran 0123791871
    Tolong sebarkan dan Terima kasih. #SPM dan #STPM dan #SEGI #SEGI UNIVERSITY..http://segiintake.blogspot.com/2012/04/permohonan-kemasukkan-ke-segi.html

    ReplyDelete