Tuesday, 3 December 2013

Sekiranya Kita Diumpat, Apa Nak Buat?

Tajuknya adalah mengenai APA NAK BUAT JIKA ORANG MENGUMPAT KITA?



Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud: 

“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”

(Hadis Riwayat Muslim)

 sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz. Antara soalan yang ditanyakan adalah :
"Ustaz, sekiranya ada orang yang mengumpat atau mengata kita di belakang, apa yang harus kita buat?"
Lalu, jawapan yang diberikan oleh ustaz adalah begini.


Terdapat 2 asbab menyebabkan kita diumpat oleh orang.

Yang pertamanya adalah kita suka mengumpat orang lain. Mengata akan hal itu, hal ini. Memburukkan itu, menjelekkan yang ini. Begitulah seterusnya. Mengumpat seringkali dikaitkan dengan kaum perempuan. Kalau orang perempuan duduk sekali, tunggulah. Pasti ada bibit-bibit yang membicarakan hal orang lain. Berbeza dengan kaum lelaki. Tetapi, kaum lelaki juga ada yang mengumpat. Masing-masing lebih tahu akan fitrah masing-masing. Ye dak? 
Yang kedua, sekiranya kita diumpat oleh orang lain, bermakna Allah ingin menguji kita. Dan turut diberikan doa kepada orang yang diumpat ini. Sekiranya ada yang mengumpat akan diri kita, maka bacalah doa ini. 
"Hazaa min fadhli robbi"


Tetapi, perlu diingatkan bahawa terdapat mengumpat yang diharuskan di dalam Islam. Masa sekolah menengah dulu pun ada belajar. Ingat lagi? ^_^
Perkara berikut telah dibahagikan kepada kepada 6 keadaan yang membolehkan 'mengumpat' ini. Sila semak dengan teliti. Jangan main serkap jarang pulak naa. BAHAYA! 
Imam al-Ghazali menjelaskan di dalam kitab Ihya Ulum al-Din seperti yang berikut:
Pertama: 
Apabila berlaku penganiayaan, seperti seseorang yang dizalimi mengadu kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya.
Kedua: 
Meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seseorang yang melakukan maksiat ke jalan kebaikan.
Ketiga: 
Ketika meminta fatwa atau keterangan sesuatu hukum dalam agama. Contohnya seseorang mengadu kepada kadi dengan berkata: “Ayah saya telah menganiaya saya.”
Keempat: 
Mengingatkan seseorang muslim dengan sesuatu kejahatan. C
ontohnya: jika anda mengetahui seseorang itu jahat, lalu anda mengingatkan orang lain supaya menjauhkan orang lain dari orang itu.
Kelima: 
Apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, atau panggilan yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti mengatakan si polan yang tempang atau yang buta.
Keenam: 
Apabila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu.
Namun tidak harus melihat persoalan mengumpat dengan begitu mudah, keharusan itu masih dalam batasannya. Apa yang diharuskan oleh ulama adalah demi mengembalikan keadaan yang buruk kepada yang lebih baik, menjadikan seseorang itu lebih sempurna sifat islamnya. Keharusan ini tidak bermaksudsyarak mengizinkan seseorang itu untuk memburuk-burukkan saudara seagamanya dengan sesuka hati.

Inilah perumpaan bagi mereka yang mengumpat. Na'uzubillahiminzalik!

Begitulah antara mengumpat yang dibenarkan. Fikir 2 minit cukuplah. Kalau tengok Melodi, ada pulak cerita tentang artis itu, artis ini. Adakah mulut ini akan berdiam? Menonton drama-drama, filem dan sebagainya. Ada tak sikit yang keluar dari mulut mengenai orang itu, orang ini? Jika ada, istighfarlah naa. Istighfar sebelum terlambat. Istighfar sekarang, dan bukan tunggu solat nanti. Banyak sangat 'saham' yang dah kita kumpul. Kelak, timbangan mana yang akan lebih berat? Neraca mizan penentu segala-galanya. Jadi, jauhilah naa. Elakkan. Sekiranya kita yang diumpat, berdoalah agar orang yang mengumpat akan dibukakan pintu hatinya untuk sedar akan kesilapan dirinya. Itu sahaja. InsyaAllah.


Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering
Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”
Balasan bagi org yang suka mengumpat
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:

“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.

(Abu Daud dari Anas)
Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman
Sabda Rasulullah: 
“Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)
Semoga Allah SWT memelihara kita daripada tabiat suka mengumpat dan juga menjauhkan kita daripada orang2 yang suka mengumpat. Amin. 

No comments:

Post a Comment