Saturday, 7 December 2013

Kemalangan Di Km 244 Lebuhraya PLUS Senawang 2 Maut Bayi 10 Bulan Parah

Seorang lelaki dan seorang wanita terbunuh manakala tiga cedera parah dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di KM244 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Senawang pada pukul 4.30 petang Jumaat. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk menjangkau dari Senawang ke Pedas Linggi, menurut tweet daripada pengguna.



Mereka yang terbunuh ialah pemandu bas ekspres dan penumpang wanita dalam Perodua MyVi. Difahamkan bayi, yang juga penumpang dalam MyVi itu berada dalam keadaan kritikal selepas kemalangan. Bas ekspres itu tidak membawa sebarang penumpang ketika kejadian.

Kenderaan lain yang terlibat ialah motosikal, sebuah Perodua MyVi, teksi Toyota Innova dan dua lori tangki. Dua trak bomba dan 14 anggota dari balai bomba Senawang dan Rembau dihantar ke tempat kemalangan untuk membantu menyelamatkan mangsa, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis. mstar

No comments:

Post a Comment