ini adalah lawatan ke 2 selepas yang pertama hanya ajk PBDB sahaja membuat lawatan tidak rasmi dan kini pbdb membawa para peserta melihat sendiri NYAA secara dekat. turut serta dalam lawatan ini adalah wakil Jabatan belia & sukan negeri sembilan , Dun Belia Negeri Sembilan , wakil Majlis Belia Negeri Sembilan dan Presiden MAGAA.
Majlis perlepasan telah di sempurnakan oleh Pengarah JBSNS bersama Ybhg Pn Wan Salwati Presiden MBNNS serta Ketua Pemuda Umno Seremban saudara azharuddin.
Di sana peserta telah di sambut dan diberi taklimat mengenai NYAA oleh saudara James Soh PBM MBE ,Executive Director National Youth Achievement Award Council Singapore dan Hon Advisor, The Duke of Edinburgh's Award International Foundation.
PBDB berharap ini menjadi suntikan semaangat baru pada belia dimana YB menteri belia amat menekan pembangunan remaja yang tergolong di dalam umur rakan muda iaitu 15 hingga 25 tahun. PBDB memandang program ARPRM adalah satu produk yang amat berkesan bagi pembentukan remaja di malaysia ia juga telah di jalankan di 140 buah negara di seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment