Tuesday, 26 November 2013

Wanita Malaysia dilaporkan menjadi ‘hamba’ selama tiga dekad. Ini Kisah SEBENARNYA

London: Wanita Malaysia, dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab yang dilaporkan menjadi ‘hamba’ selama tiga dekad di bawah kawalan pemimpin aliran politik kiri dikatakan tiba di London bersama tunangnya ketika dunia dibayangi isu perang Vietnam.

Pasangan terbabit kemudian dilaporkan tertarik kepada pertubuhan dikenali sebagai Forum Mahasiswa Malaysia Dan Singapura (MASS) yang dicap sebagai antara kumpulan Maoist tegar yang bergerak di kota raya London.

Di bawah kendalian pasangan dikenali sebagai Balakrishnan dan Chanda Pattni, kumpulan berkenaan berada di barisan depan dalam kebanyakan protes mahasiswa walaupun jumlah keanggotaannya kecil.

Walaupun bentuk badannya kecil dan gempal, Balakrishnan yang dipanggil pengikutnya sebagai Chairman Ara seorang tokoh berkarisma dan dihormati dalam kalangan aktivis berhaluan kiri.

SITI Aishah (gambar kecil) cuba dijejaki oleh kakaknya yang berlepas ke London malam tadi.

Menurut seorang daripada anggota kumpulan berkenaan Siti Aishah berpindah menyertai sel kecil pengikut Marxist yang sering berpindah-randah dari satu rumah ke rumah lain di Brixton, Haringey dan Woodford Green.

cerita awal ....

PENGASAS persatuan kebajikan yang membantu membebaskan mangsa, Anita Prem
LONDON: Tiga wanita termasuk seorang warganegara Malaysia berusia 69 tahun berjaya dibebaskan selepas dikurung selama 30 tahun di sebuah rumah di Selatan London, menurut kenyataan Polis Metropolitan London.
Salah seorang daripada wanita berkenaan turut dipercayai dikurung sejak dilahirkan.
Dua individu, seorang lelaki dan wanita berusia 67 tahun ditahan semalam kerana disyaki terbabit dengan perhambaan domestik.
Tangkapan berkenaan adalah sebahagian daripada siasatan mengenai perhambaan yang dilancarkan selepas seorang daripada mangsa menghubungi persatuan kebajikan bulan lalu dan memberitahu bahawa dia dikurung bersama dengan dua wanita lain.
Persatuan berkenaan segera menghubungi polis dan ketiga-tiga wanita itu termasuk seorang warganegara Ireland berusia 57 tahun dan warga Britain, 30, dibebaskan pada 25 Oktober.
Ketua Unit Anti Penyeludupan Manusia Polis Metropolitan, Kevin Hyland berkata kesemua mangsa berada dalam keadaan trauma kerana tidak pernah terdedah kepada dunia luar sejak 30 tahun lalu.
“Kami sedang menyiasat apa yang sebenarnya berlaku sejak tiga dekad lalu dan ia akan mengambil masa yang lama,” katanya.

No comments:

Post a Comment