Tuesday, 1 October 2013

KETENTUAN NYA PASTI

2 Oktober , selamat ulangtahun yang ke 37 untuk umat yang bernama zaharruddin b abd majid, Pejam celik dah 37 tahun berlalu...pelbagai dugaan , onak dan ranjau dilalui dengan pelbagai halangan mahupun adakalanya bagai ingin memutus kan semangat diri ini , namun hati tetap  teguh berdiri untuk buat yang terbaik menghabiskan sisa-sisa hidup ini.. ayuh lah kita memberi sebanyak -banyak nya , jadilah seorang yang ikhlas nescahaya ganjaran allah itu pasti...





JADILAH SUKARELAWAN YANG LAHIR DARI HATI BUKAN DIPAKSA ,
Setiap makhluk walau seekor gagak hitam sekalipun telah dicatat nasib dan aturan hidup. 
Kita, yang ada akal mungkin boleh berusaha kepada yang lebih baik. 
Bangkitlah bersama kekuatan dan bersama-sama menongkah nasib malang yang menghurung diri.
Jangan jadi arang hitam yang basah terbuang, jadilah arang hitam yang membakar dan membara. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit............dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan. 
Seandainya kita tidak dapat menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah pula kita menjadi langau yang boleh membusukkan daging.. 
Setiap pengorbanan ada kemudahan selepas itu , Ujian Allah itu pasti dan Ketentuan nya jua pasti
Salam perjuangan

*HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI "


SALAM PERJUANGAN'



ZAHARRUDDIN ABD MAJID
PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
ADUN BELIA NEGERI SEMBILAN : SEKTOR SUKARELAWAN
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)

No comments:

Post a Comment