TEMPAT : KG ABUK , RAHANG KECIL SEREMBAN
PESERTA : 40 PESERTA
AKTIVITI : GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN SURAU , BALAI RAYA, MENGUTIP PLASTIK SEKITAR KAWASAN KAMPUNG, SEMBAHYANG BERJEMAAH DAN BERSAMA PEMIMPIN MASYARAKAT SETEMPAT
ANJURAN : SKUAD MUDA RELA DARI PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT ( PBDB ) BERSAMA PEJABAT RELA DAERAH SEREMBAN, JIRAN WANITA KG abuk, JKKK KG ABUK DAN JKKK SURAU KG ABUK
TETAMU KEHORMAT : DATO YIP CHEE KEONG - PEGAWAI KHAS BN DUN RAHANG
Program di mulakan seawal jam 8.00 pagi dimana skuad muda rela PBDB dari semua kawasan turun padang untuk bersama-sama masyarakat kg abuk untuk membuat aktiviti gotong-royong. seramai 40 ahli terlibat dalam program ini, bagi persatuan belia dinamik barat ini harus dijadikan program pengisian di hujung minggu buat ahli skuad muda Rela mereka.
Peserta dibahagikan pada 4 kumpulan , yang pertama telah bersama-sama jkkk Surau Kg Abuk untuk membersihkan stor surau, sekitar luar dan dalam surau , kumpulan ke dua membersih kan kawasan balai raya dengan memotong rumput dan membersihkan longkang, kumpulan ke tiga pula pusing satu kampung untuk megutip sampah-sampah seperti plastik dan botol . kumpulan ke empat pula membersihkan sekitar tabika perpaduan kg abuk.
Peserta amat bertuah bila pemimpin masyarakat Dato yip dengan tiba hadir untuk bersama-sama mereka dalam aktiviti itu, skuad muda rela tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan beliau, ini satu pendekatan yang terbaik bagi kami dimana tak perlu majlis protokol namun pemimpin seperti ini boleh turun padang bersama-sama belia untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan. Dato Yip seterusnya di minta untuk ,memberi ucapan semangat kepada skuad muda rela PBDB sejurus selepas pusing sekitar kampung bersama peserta. beliau berkata belia haruslah mendekati masyarakat dan bersama masyarakat dengan aktiviti seperti ini supaya jurang diantara orang muda dan orang lama tidak terlalu jauh, dengan aktiviti seperti ini dapat lagi mengeratkan lagi masyarkat kampung bersama badan NGO ia juga membuka mata sesetengah pihak yang hanya pandai bercakap tapi tiada hasil kerja dilaksanakan.
Saya selaku Pengerusi PBDB mengucapkan terima kasih pada semua yang telah terlibat menjayakan program kemasyakatan ini seperti pejabat rela daerah seremban, jiran wanita kg abuk, jkkk surau kg abuk, majlis belia negeri negeri sembilan dan unit berbasikal fixie PBDB.






'SALAM PERJUANGAN'

PENGERUSI (PRESIDENT) :
PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER) :
ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) :
IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN (YOUTH TRAINER) :
APBM PORT DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) :
PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE ) :
MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)
No comments:
Post a Comment