PROGRAM : 'FIXIE RIDE TO NATURE 2012' DI BAWAH PROGRAM REMAJA PERDANA RAKAN MUDA
PESERTA : 55 PESERTA BERBASIKAL : TERDIRI DARIPADA AHLI FIXIE PBDB DAN SKUAD MUDA RELA PBDB
KETUA BERBASIKAL : MOHD AZRUL NIZAM BIN H.MUNIR
ANJURAN : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT , SKUAD MUDA RELA PBDB, PEJABAT RELA DAERAH SEREMBAN, MAJLIS BELIA NEGERI SEMBILAN, 1M4U, TREES 4 MALAYSIA, JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA.
PERLEPASAN OLEH : PEGAWAI RELA DAERAH SEREMBAN DAN PENGERUSI PBDB
TEMPAT : DARI PANCHOR , SEREMBAN MENUJU KE ULU BENDUL, KUALA PILAH
Seremban - Seramai 55 ahli pbdb dari seremban menuju ke hutan lipur ulu bendul dengan berbasikal merentasi bukit putus dengan jayanya. program ini dibuat bagi mengisi masa lapang para belia terutama kepada mereka yang suka berbasikal dan aktiviti lasak. Program ini selain berkayuh untuk hobi peserta juga diterapkan amalan keselamatan lalu lintas pengunaan jalanraya secara berhemah dan selamat selain konsep go green yang telah di perkenal kan oleh PBDB dengan sokongan Tress 4 Malaysia ini adalah satu tanda sokongan kepada pemuliharaan alam sekitar dengan berkayuh basikal tanpa mengunakan kenderaan.
Sebagai badan NGO juga PBDB terpanggil untuk membuktikan anggapan tarikh 12/12/12 yang dimomok-momokkan oleh sesetengah masyarakat dunia itu jelas sekali tidak benar dan sebagai badan NGO, kami harus membendung belia dari terpengaruh dengan unsur tahyul yang disebarkan di alam maya dan sekitar negara Eropah. Dari sudut pandangan agama Islam jelas sekali bahawa kepercayaan terhadap tarikh-tarikh yang dilabelkan tarikh akhir zaman boleh menjerumus syirik. Oleh yang demikian, bila adanya tarikh yang digembar-gemburkan yang dikatakan tarikh kiamat, kami sebagai badan NGO menyeru kepada badan-badan NGO lain untuk membetulkan tanggapan belia-belia remaja kita supaya tidak tersasar jauh dan tidak terus dipengaruhi oleh dunia maya tentang perkara tahyul-mahyul. Justeru itu, remaja tidak seharusnya mempercayai seratus peratus sesuatu perkara yang disebarkan di alam maya tanpa menyelidik atau mengkajinya terlebih dahulu.
Bagi ketua unit berbasikal, Mohd Azrul Nizam bin H.Munir, 15, dari sikamat, berkata beliau amat menyokong program seperti ini dimana sebelum ini beliau dan rakan-rakan berbasikal tanpa hala tuju. Dengan adanya persatuan belia seperti ini, beliau dapat mengajak rakan sesama baya untuk turut serta berpersatuan dimana bukana hanya aktiviti berbasikal tetapi pengisian elemen-elemen keselamatan dan nilai tambah yang tiada di sekolah seperti program-program kepimpinan, kemasyarakatan, kesukarelaan, jatidiri dan mememahami bahawa sebelum ini, beliau menyedari bahawa penting remaja seperti beliau yang amat dihargai oleh negara disamping merupakan aset dan bakal pemimpin pada masa akan datang. Sebelum ini, beliau dan rakan-rakan selalu menghabiskan masa berborak kosong, melepak namun sekarang sejak memasuki persatuan, beliau terpanggil dan menanam semangat untuk bersaing secara sihat bagi mendapatkan keputusan akademik yang bagus di sekolah serta menjadi belia contoh untuk memimpin belia-belia akan datang. Selain itu, pelbagai peluang boleh didapati dalam persatuan belia seperti anugerah remaja perdana rakan muda dimana belia telah meraih anugerah pingat gangsa dan kini dalam proses ke pingat perak. Beliau juga menanam cita-cita untuk mendapat peluang ke pertukaran belia antarabangsa dan kapal belia asia sebagaimana abang-abang dan kakak-kakak di dalam persatuan ini. Beliau juga berterima kasih kepada ibu bapa yang banyak menyokong dalam penglibatan persatuan yang sihat ini sejurus itu menyangkal kata-kata dari sesetengah pihak yang mengatakan bahawa aktiviti kesukarelaan atau berpersatuan ini melalaikan dan merperjudikan masa depan belia remaja sedangkan lahirnya permimpin-permimpin yang hebat bermulanya dari pertubuhan belia atau badan NGO. Pernah rakan sepersatuan berkata bahawa lumrah dalam hidup ada ketepatannya, seandainya satu pertandingan dibuat untuk panjat pokok dan pesertanya adalah monyet, biawak, ular, dan ikan, tentulah monyet yang akan menang, sebab apa? kerana itu adalah keserasian hidupnya.
Manakala bagi Khairunnisa Akhmarlia binti Hazimi, 17, dari senawang, berkata walaupun beliau tidak berbasikal, beliau turut menyertai program tersebut sebgai urusetia dan telah diberi peluang menjadi pengacara majlis bagi program tersebut. Beliau yang merupakan lepasan SPM 2012 ini telah berpersatuan sejak dari Tingkatan tiga. Beliau juga telah banyak diberi peluang untuk menonjolkan bakat seperti dalam bidang tarian dan pernah mengharumkan nama Negeri Sembilan dengan memenangi pingat gangsa di pesta sukan dan kebudayaan belia malaysia di Pulau Pinang tahun 2010 dan merupakan salah seorang pemegang pingat perak dalam angerah remaja perdana rakan muda. Sebagai remaja wanita muslimah yang bertudung, tudung tidak menghalangnya untuk aktif dalam berpersatuan kerana didalam persatuan dan program-program batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan adalah amat dititikberatkan. Ini juga secara tidak langsung memberi keyakinan kepada keluarga beliau untuk menggalakkan beliau menyertai program-program dalam persatuan. Harapan beliau agar remaja wanita muda diluar sana lebih aktif untuk berpersatuan.
Peserta berbasikal semua kemudian di kalungkan pingat penghargaan oleh Pn Siti Norhayati ,Pegawai Jabatan Perhutan Negeri Sembilan di hutan lipur ulu bendul , kuala pilah.

'SALAM PERJUANGAN'

PENGERUSI (PRESIDENT) :
PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER) :
ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) :
IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN (YOUTH TRAINER) :
APBM PORT DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) :
PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE ) :
MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)