Monday, 11 August 2014

MISTERI WANGIAN YANG HILANG

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, membaca sajak nukilan Sasterawan Negara Datuk Usman Awang bertajuk “Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh‘ pasti ramai yang masih tidak mengetahui misteri pemilihan tajuk tersebut. Tajuk tersebut tersangat indah dan sebenarnya menyimpan seribu rahsia yang masih belum terurai. Kisah ini selain pernah aku baca di beberapa blog juga Facebook tetapi sebenarnya sudah pernah diceritakan oleh beberapa Maulana bertahun-tahun dahulu. Mari kita baca sedikit dari kisah misteri yang terlalu panjang untuk dirungkai.


Bani Jawi adalah pengembara yang hebat membawa misi ke Semenanjung di hujung dunia yang di panggil oleh Ptolemy sebagai Semenanjung Emas atau “Golden Chersonese” dan kemudiannya dikenali sebagai Tanah Melayu. Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan dan mendukung Islam dengan sempurna. Telah lama Yahudi Illuminati mencari Bani Jawi atau ‘kaum yang hilang’. Tanah Jawi ialah gelaran kepada Tanah Melayu. Orang Jawi ialah gelaran orang Arab kepada orang Melayu. Tulisan Jawi ialah tulisan yang digunakan oleh orang Melayu. Masuk Jawi iaiatu berkhatan iaitu salah satu amalan yang diajarNabi Ibrahim a.s dan menjadi amalan orang jawi zaman berzaman.



Ketahuilah sesungguhnya terdapat satu kajian bahawa bangsa Melayu adalah berasal dari keturunan Nabi Ibrahim a.s dari isteri ketiga yang bernama Siti Qaturah atau Keturah yang kisahnya banyak tertulis di kitab kuno Yahudi. Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual. Sebelum meninggal dunia Nabi Ibrahim AS telah mewasiatkan kepada anak anaknya untuk mencari sekeping tanah semenanjung di hujung dunia.

“…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version)

Kerana di sana nanti akan lahir dari keturunan ini satu Raja akhir zaman bernama Al Mahdi. Diceritakan juga Al Mahdi akan pulang semula ke tanah asal bersama kaumnya dan akan memusnahkan bangsa Yahudi. Wasiat ini dilaksanakan oleh anak-anak Nabi Ibrahim a.s dan kisah ini dicatit dalam kitab-kitab Yahudi. Sejarah berlalu zaman berzaman. Kisah ini juga diceritakan oleh Rasulullah SAW kepada para sahabat. 60 para sahabat mengembara ke Timur mencari Bani Jawi.

Akhirnya Bani Jawi menerima Islam tanpa peperangan. Bani Jawi terkenal dengan akhlak dan kelemah lembutan mereka kerana mereka berdarah bangsawan dan kesatria perang yang dihormati. Jawi atau Jiwi ikut bahasa sanskrit Ji=satu dan Wi=Tuhan, yakni maksudnya bangsa yang percaya kepada Satu Tuhan iaitu mentauhidkan Tuhan. Dimanakah negara di hujung dunia ini yang masih beramal dengan mempercayai adanya Tuhan yang satu? Wahai Bani Jawi, wahai keturunan kaum yang hilang. Rahsia bangsa misteri ini masih terpelihara di dalam Kotak Tabutrahsia sejak beribu-ribu tahun. Tiada siapa yang tahu dari mana asalnya bangsa ini. Bagaimana bangsa ini boleh wujud di tanah paling selatan benua Asia, ’di penghujung dunia.’

Wallahualam.

Begitulah secebis kisah misteri satu bangsa yang masih belum terungkai tetapi dari kisah inilah asalnya tajuk indah sajak “Wangian yang hilang di Timur Jauh”. Mungkin ada pembaca yang sudah pernah membaca kisah misteri ini dan mungkin ada yang baru pertama kali.

“Dan Nabi mereka, berkata lagi kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi) ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi-nabi Musa dan Harun peti Tabut itu di bawa oleh malaikat. Sesungguhnya peristiwa kembalinya Tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi kamu, jika kamu orang-orang yang beriman” – Surah Al Baqarah ayat 248

Begitulah kita usah nak mengenal bangsa sendiri masih ramai di antara kita yang tidak kenal susul galur atok nenek moyang dan keturunan sendiri dan lebih malang lagi ada di antara kita yang tidak kenal diri sendiri kerana dek sibuk dengan urusan seharian. Bila tidak kenal diri sendiri maknanya tidak kenal juga dengan Sang Pencipta yang mencipta diri kita ini. Sekarang Bangsa Melayu sibuk bergaduh sesama sendiri mungkin tujuan ALLAH untuk membersihkan dengan meninggalkan yang taat pada ALLAH untuk menjadi tentera dari Timur yang akan bersama Imam Mahadi.

dari : http://denaihati.com.my/misteri-wangian-yang-hilang

ERDOGAN JANJI BANTU PALESTIN BIARPUN BERSENDIRIAN

ERDOGAN JANJI BANTU PALESTIN BIARPUN BERSENDIRIAN




Perdana Menteri Turkey Rajab Toyyib Erdogan (Recep Tayyip Erdogan) menegaskan bahawa beliau dan kerajaannya akan terus membantu kerajaan Palestin di Semenanjung Ghaza walau terpaksa membayar berapa harga sekalipun. Demikian ditegaskan dalam perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Ghaza Ismail Haniah petang semalam (1/6).

Menurut Erdogan, serangan Israel ke atas konvoi NGO yang ingin menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Ghaza bukan sekadar isu dalaman, bahkan Israel sebenarnya bertindak memerangi dunia. Ini kerana konvoi berkenaan disertai oleh pelbagai kumpulan NGO dari 33 buah negara.
Justeru, beliau akan terus berjuang untuk memastikan sekatan ke atas Ghaza dihentikan. Beliau berkata, "Kami akan terus membantu kamu (Palestin) biarpun kami hanya bersendirian."

Di pihak Palestin, Ismail mewakili kerajaannya di Ghaza dan Hamas mengucapkan takziah kepada Turkey di atas pembunuhan kejam Yahudi ke atas rombongan konvoi dari Turkey di perairan laut Mediterranean Isnin lalu.

Dalam pada itu Presiden Mahmud Abbas dari gerakan Fatah menyatakan kesediaannya untuk meneruskan perbincangan damai dengan Israel.

Ketika Erdogan dan Ismail saling berhubungan menerusi telefon bagi mengucapkan takziah dan menyatakan kesediaan untuk meneruskan perjuangan membebaskan Palestin, Abbas pula dilaporkan oleh agensi berita AP menghubungi Setiausaha Agong PBB menerusi telefon untuk menyatakan kesediaannya mengadakan perbincangan damai dengan Israel.


Berita lanjut: http://palestine-info.info/ar

Monday, 4 August 2014

Kerana Bunyikan Enjin Motosikal, Lelaki dipukul Sehingga Mati



SEREMBAN - Seorang pekerja lelaki Kompleks sukan Nilai ditemui mati dalam keadaan tertiarap dalam sebuah lubang di Jalan Labu, Batu 6 semalam.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi itu, mayat Amir Fazli Suhaimi Fadzil, 18, ditemui oleh orang awam. Mayat ditemui hanya memakai seluar dan tidak berbaju.

Pemeriksaan polis mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kaki dan lebam di bahagian mata dan hidung berdarah. Dompet mangsa juga tidak ditemui. Namun sebuah motosikal Yamaha 125Z dipercayai milik mangsa ditemui 40 meter dari lokasi kejadian.

Sebuah topi keledar berwarna biru, sehelai baju dan jam tangan turut ditemui tidak jauh dari mayat mangsa berserta beberapa kesan darah. Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk tindakan selanjutnya.

Polis bagaimanapun telah menahan sepasang kekasih berusia 21 tahun & 19 tahun yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu.

Kedua-dua suspek bersama 3 lagi rakan subahat yang masih bebas disyaki menyebabkan kematian Amir yang dihimpit menggunakan motosikal sebelum mangsa terjatuh dan dipukul sehingga mati.













Siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z membunyikan enjin motosikal kepada suspek di sebuah persimpangan lampu isyarat di Senawang sebelum dia dikejar hingga ke Jalan Labu.

* APA - APA PUN HARAP SEMUA DAPAT DISELESAIKAN OLEH PDRM , DAN SEMOGA SEGALANYA AKAN DIRUNGKAIKAN AKAN TERJAWAB SETELAH KEPUTUSAN MAKAMAH MENENTUKANNYA