Tuesday, 24 December 2013

Ikan timbul di pulau tambisan secara tiba-tiba, Subhanallah Ya allah

Tanda-Tanda Tsunami? : Video Ribuan Ikan Di Pantai Sabah


 
 
Ikan timbul di pulau tambisan secara tiba-tiba, Subhanallah Ya allah...byknya ikan... mungkinkah petanda sesuatu ni.

Pada 2004 saya masin ingat lagi kejadian sebelum berlaku tsunami pada esoknya.

Tuesday, 17 December 2013

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia

Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Primadona filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia pada Selasa pukul 8.26 malam di Hospital Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Allahyarhamah menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit tumor dan lymphedema yang dihidapinya.

Allahyarhamah merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70an dan namanya meledak di layar perak akhir 70an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarham turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.

Berita mula diterbitkan pada: Disember 17, 2013 20:39 (MYT)

Sunday, 15 December 2013

Bapa datang ke lokasi sekatan jalan, cepuk anak

  • Bapa datang ke lokasi sekatan jalan, cepuk anak Ibu bapa remaja berkenaan datang berhampiran persimpangan Jalan Shahbandar selepas mendapat tahu anaknya ditahan dalam sekatan jalan malam, awal pagi semalam.
1 / 1
BANDARAYA MELAKA  - “Macam mana engkau boleh ada kat sini? Aku dah kata jangan keluar, duduk rumah!" kata seorang bapa sebelum mencepuk kepala anak lelakinya yang ditahan polis dalam sekatan jalan raya kerana menunggang motosikal tanpa lesen.

Remaja lelaki berusia 17 tahun itu dipukul dengan tangan apabila membangkitkan kemarahan bapanya yang berusia sekitar 40-an, selepas mengetahui dia tidak ke rumah ibu saudaranya di kawasan berhampiran rumah mereka di Kampung Lapan, Tengkera.

Sebaliknya, remaja terbabit melencong ke kawasan berhampiran tapak Eye On Malaysia.

Malah, ibunya yang berusia penghujung 30an berkata, anaknya keluar rumah kira-kira 11 malam menggunakan motosikal jenis Honda EX5 milik bapanya ke rumah adik ipar di kawasan sama tempat tinggal mereka dan memintanya pulang sebelum 12 tengah malam.

“Motosikal ini baru dibeli ayahnya seminggu lalu dan sejak itu, dia meminta izin ayahnya untuk menggunakannya, tapi  dilarang kerana dia tidak ada lesen memandu.

"Tapi tadi (malam kelmarin) dia bagitahu nak keluar sekejap pergi ke rumah makciknya. Sampai 12 (tengah) malam dia tidak pulang. Bila saya telefon, dia kata dah kena tahan polis," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, malam kelmarin.

Menurut suri rumah itu, dia datang bersama suami yang membawa geran motosikal terbabit serta  terpaksa berjalan kaki sejauh kira-kira lebih 200 meter untuk mencari lokasi anaknya ditahan kira-kira 2.15 pagi.

Sementara itu, menurut sumber, remaja berkenaan antara lapan penunggang motosikal yang ditahan kerana memandu tanpa lesen dalam Ops Samseng Jalanan dan Rempit, berhampiran persimpangan Jalan Shahbandar bermula jam 10 malam, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisoner Salehhudin Abd Rahman berkata, operasi dijalankan 25 anggota polis termasuk seorang pegawai dari Bahagian Trafik  Melaka Tengah dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

“Operasi bermula 10 malam semalam (kelmarin) dan berakhir 4.45 pagi tadi (semalam) membabitkan sepasukan polis termasuk sembilan anggota trafik, 10 anggota Sukarelawan Polis Di Raja Malaysia (SPDRM) dan empat anggota dari unit peronda (MPV).

“Sebanyak 57 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya tiada nombor pendafataran, memandu tanpa lesen, cukai tamat tempoh dan tiada cermin sisi selepas pemeriksaan dibuat terhadap 98 buah motosikal  dan 75 kereta,” katanya.

Menurut Salehhudin, meskipun tiada tangkapan, sembilan motosikal turut disita dalam operasi terbabit.

Saturday, 7 December 2013

Kemalangan Di Km 244 Lebuhraya PLUS Senawang 2 Maut Bayi 10 Bulan Parah

Seorang lelaki dan seorang wanita terbunuh manakala tiga cedera parah dalam kemalangan melibatkan enam kenderaan di KM244 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Senawang pada pukul 4.30 petang Jumaat. Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk menjangkau dari Senawang ke Pedas Linggi, menurut tweet daripada pengguna.



Mereka yang terbunuh ialah pemandu bas ekspres dan penumpang wanita dalam Perodua MyVi. Difahamkan bayi, yang juga penumpang dalam MyVi itu berada dalam keadaan kritikal selepas kemalangan. Bas ekspres itu tidak membawa sebarang penumpang ketika kejadian.

Kenderaan lain yang terlibat ialah motosikal, sebuah Perodua MyVi, teksi Toyota Innova dan dua lori tangki. Dua trak bomba dan 14 anggota dari balai bomba Senawang dan Rembau dihantar ke tempat kemalangan untuk membantu menyelamatkan mangsa, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis. mstar

Tiga Lamborghini Terbakar Kemalangan Di Km 259 Lebuhraya PLUS Seremban

Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi. Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.



Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu. Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.

Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar. Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri. sinarharian

Tuesday, 3 December 2013

Sekiranya Kita Diumpat, Apa Nak Buat?

Tajuknya adalah mengenai APA NAK BUAT JIKA ORANG MENGUMPAT KITA?



Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud: 

“Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”

(Hadis Riwayat Muslim)

 sempat menonton rancangan Tanyalah Ustaz. Antara soalan yang ditanyakan adalah :
"Ustaz, sekiranya ada orang yang mengumpat atau mengata kita di belakang, apa yang harus kita buat?"
Lalu, jawapan yang diberikan oleh ustaz adalah begini.


Terdapat 2 asbab menyebabkan kita diumpat oleh orang.

Yang pertamanya adalah kita suka mengumpat orang lain. Mengata akan hal itu, hal ini. Memburukkan itu, menjelekkan yang ini. Begitulah seterusnya. Mengumpat seringkali dikaitkan dengan kaum perempuan. Kalau orang perempuan duduk sekali, tunggulah. Pasti ada bibit-bibit yang membicarakan hal orang lain. Berbeza dengan kaum lelaki. Tetapi, kaum lelaki juga ada yang mengumpat. Masing-masing lebih tahu akan fitrah masing-masing. Ye dak? 
Yang kedua, sekiranya kita diumpat oleh orang lain, bermakna Allah ingin menguji kita. Dan turut diberikan doa kepada orang yang diumpat ini. Sekiranya ada yang mengumpat akan diri kita, maka bacalah doa ini. 
"Hazaa min fadhli robbi"


Tetapi, perlu diingatkan bahawa terdapat mengumpat yang diharuskan di dalam Islam. Masa sekolah menengah dulu pun ada belajar. Ingat lagi? ^_^
Perkara berikut telah dibahagikan kepada kepada 6 keadaan yang membolehkan 'mengumpat' ini. Sila semak dengan teliti. Jangan main serkap jarang pulak naa. BAHAYA! 
Imam al-Ghazali menjelaskan di dalam kitab Ihya Ulum al-Din seperti yang berikut:
Pertama: 
Apabila berlaku penganiayaan, seperti seseorang yang dizalimi mengadu kezaliman seseorang kepada hakim, agar hakim dapat mengembalikan haknya daripada orang yang menzaliminya.
Kedua: 
Meminta bantuan orang lain untuk mengubah sesuatu kemungkaran dari seseorang atau mengembalikan seseorang yang melakukan maksiat ke jalan kebaikan.
Ketiga: 
Ketika meminta fatwa atau keterangan sesuatu hukum dalam agama. Contohnya seseorang mengadu kepada kadi dengan berkata: “Ayah saya telah menganiaya saya.”
Keempat: 
Mengingatkan seseorang muslim dengan sesuatu kejahatan. C
ontohnya: jika anda mengetahui seseorang itu jahat, lalu anda mengingatkan orang lain supaya menjauhkan orang lain dari orang itu.
Kelima: 
Apabila seseorang itu terkenal dengan sesuatu gelaran, atau panggilan yang memang menunjukkan sesuatu kekurangan pada dirinya, seperti mengatakan si polan yang tempang atau yang buta.
Keenam: 
Apabila seseorang itu memang sengaja terang-terang membuat kefasikan dan bermegah-megah dengan perbuatan itu.
Namun tidak harus melihat persoalan mengumpat dengan begitu mudah, keharusan itu masih dalam batasannya. Apa yang diharuskan oleh ulama adalah demi mengembalikan keadaan yang buruk kepada yang lebih baik, menjadikan seseorang itu lebih sempurna sifat islamnya. Keharusan ini tidak bermaksudsyarak mengizinkan seseorang itu untuk memburuk-burukkan saudara seagamanya dengan sesuka hati.

Inilah perumpaan bagi mereka yang mengumpat. Na'uzubillahiminzalik!

Begitulah antara mengumpat yang dibenarkan. Fikir 2 minit cukuplah. Kalau tengok Melodi, ada pulak cerita tentang artis itu, artis ini. Adakah mulut ini akan berdiam? Menonton drama-drama, filem dan sebagainya. Ada tak sikit yang keluar dari mulut mengenai orang itu, orang ini? Jika ada, istighfarlah naa. Istighfar sebelum terlambat. Istighfar sekarang, dan bukan tunggu solat nanti. Banyak sangat 'saham' yang dah kita kumpul. Kelak, timbangan mana yang akan lebih berat? Neraca mizan penentu segala-galanya. Jadi, jauhilah naa. Elakkan. Sekiranya kita yang diumpat, berdoalah agar orang yang mengumpat akan dibukakan pintu hatinya untuk sedar akan kesilapan dirinya. Itu sahaja. InsyaAllah.


Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering
Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”
Balasan bagi org yang suka mengumpat
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:

“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.

(Abu Daud dari Anas)
Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman
Sabda Rasulullah: 
“Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”

(Hadis Riwayat Abu Daud)
Semoga Allah SWT memelihara kita daripada tabiat suka mengumpat dan juga menjauhkan kita daripada orang2 yang suka mengumpat. Amin. 

Sunday, 1 December 2013

TERKINI!!! Tiga Beradik Mati Dibunuh Kejam Di Alor Senibung



Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam keadaan tertiarap di sebuah kawasan bendang berhampiran Alor Senibung, Alor Setar, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya, berkata mayat remaja itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.45 petang, sebelum anggotanya bergegas ke tempat kejadian.

“Sementara itu, dua beradik yang hilang itu disahkan turut meinggal dunia dan mayat mereka ditemui di Langgar,” katanya pada sidang media.

Menurutnya, siasatan awal pihaknya mengklasifikasikan kejadian itu kes ke atas remaja permpuan itu sebagai bunuh dan siasatan dijalankan di setiap sudut.

Katanya, ini berikutan mangsa bersama dua adik perempuannya, masing-masing barusia 12 dan tiga tahun keluar dari rumah mereka di Kampung Gelap pada 29 November lalu.

Beliau berkata, kedua-dua adik mangsa masih hilang dan usaha mencari masih dijalankan.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mendapatkan bantuan anjing pengesan K-9 dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 ALOR SETAR 1 Dis. - Apa sudah jadi dengan negara ini, apabila kanak-kanak yang tidak berdosa pun sanggup dibunuh dengan kejam.

Inilah yang berlaku kepada tiga beradik perempuan berusia tiga, 12 dan 14 tahun berasal dari Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar di sini semalam.

Mayat Nor Syafikah Nadia Rusdi, 14, ditemui tertiarap dalam keadaan separuh bogel di tepi sawah Alor Senibong di sini pukul 3.45 petang semalam selepas keluar dari rumah bersama dua adiknya, Puteri Nurul Akma, 3, dan Nur Izzati Husna,12, kira-kira pukul 7.30 malam, kelmarin.

Lebih menyayat hati, mayat Puteri Nurul Akma dan Nur Izzati Husna pula ditemui kira-kira pukul 4.50 petang ini di dalam terusan MADA Kampung Padang Petani, Langgar di sini iaitu kira-kira 3.5 kilometer dari mayat Nor Syafikah Nadia ditemui.

Walaupun mereka ditemui lemas, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, ketiga-tiga beradik itu keluar dari rumah mereka Jumaat lalu dengan menaiki motosikal Honda Wave milik bapanya untuk ke rumah rakan di Kampung Gelam dekat sini.

Ibrahim memberitahu, walaupun hasil bedah siasat mendapati kematian Nor Syafikah Nadia akibat lemas namun polis menyifatkan ia sebagai kes bunuh kerana kes lemas tersebut dianggap luar biasa.

Katanya, hasil bedah siasat mangsa pertama mendapati mangsa tidak dirogol dan hanya kesan calar dijumpai pada belakang badannya.

"Polis akan melakukan siasatan merangkumi segala aspek dan kita akan panggil ahli keluarga serta rakan-rakan mangsa. Setakat ini polis menyiasat kes ini sebagai kes bunuh dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Ahmad memberitahu, mayat dua adik perempuan Nor Syafikah Nadia yang berusia 12 dan tiga tahun dijumpai lengkap berpakaian di dalam terusan, dalam keadaan terapung berhampiran kira-kira 200 meter antara satu sama lain di dalam terusan tersebut.

"Mayat dua mangsa masih belum disahkan punca kematian mereka. Bedah siasat akan dilakukan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca kematian dua kanak-kanak ini dan kaitannya dengan kes kematian mangsa pertama iaitu kakak mereka," jelasnya.

Ketika ditanya sama ada alirannya bersambung dengan tali air di Alor Senibong, beliau memberitahu, kedua-duanya tidak bersambung dan terletak jauh antara satu sama lain.

"Tidak mungkin mangsa yang berumur 12 dan tiga tahun hanyut dari tali air Alor Senibong sehingga ke tali air Kampung Padang Pusing kerana kedua-dua tali air ini tidak bersambung antara satu sama lain," jelasnya.

Ahmad memberitahu, polis turut menjumpai seluar berwarna hitam berhampiran tali air Kampung Padang Petani dan masih menyiasat pemilik seluar tersebut sama ada itu milik salah seorang mangsa.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, pihaknya menemukan motosikal yang ditunggangi mangsa serta adiknya dalam keadaan baik dan berkunci di tepi jalan kira-kira satu kilometer dari rumahnya malam semalam.

"Siasatan masih dijalankan mengenai punca mangsa meninggalkan motosikalnya di situ," katanya.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mazlan Ariffin, 51, pula berkata, penduduk yang cuba menjejaki ketiga-tiga beradik itu menemui motosikal mangsa ditinggalkan berhampiran hentian bas.

"Motosikal itu kemudian dibawa pulang sebelum enjin terhenti secara tiba-tiba kerana kehabisan petrol sejurus sampai di rumah," katanya. -Utusan