1. Adakah Harga Petrol di Malaysia Mahal?
Tidak.
Secara perbandingan, harga petrol (lebih dikenali sebagai ‘gasolin’ di Amerika Syarikat) di Malaysia ialah yang kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara (sila klik untuk besarkan imej):
Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga
petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12)
seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol
termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.
Jika harga-harga petrol negara lain tidak
ditukar kepada matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat
Singapura yang berpendapatan SGD2,000 sebulan perlu membayar SGD2.12
untuk seliter petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang
berpendapatan RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti
dan gred petrol yang sama.
2. Mengapa Harga Petrol di Malaysia Tidak Semurah di Brunei?
Gabungan faktor kekayaan dan saiz
populasi yang kecil jika dibandingkan dengan Malaysia menyebabkan Brunei
mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu, hampir
kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak.
Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia, dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000 orang.7 Malaysia pula berada di tangga ke-60 dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang8:
Kekayaan sesebuah negara boleh diukur
melalui kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada pariti kuasa beli
(PKB) per kapita. KDNK (PKB) ialah nilai kesemua keluaran (barangan dan
perkhidmatan) sesebuah negara dalam setahun, yang dibahagikan dengan
jumlah penduduk negara tersebut. Ia adalah ukuran yang lebih digemari
oleh ahli-ahli ekonomi untuk melihat kebajikan per kapita dan
membandingkan keadaan hidup serta penggunaan sumber negara-negara9. Data di atas diperolehi daripada IMF (International Monetary Fund)10.
3. Mengapa Harga Petrol di Malaysia ‘Tidak Murah’ Sedangkan Malaysia Ialah Negara Pengeluar Minyak?
Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama.
Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries
– Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih
banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya. Atas sebab yang sama
juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008.11
Banyak pihak gagal atau sengaja tidak
membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga
petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain, tanpa membandingkan jumlah pengeluaran minyaknya. Sebagai contoh: tindakan
membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang
mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di
Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong
sehari, sudah tentulah tidak wajar.
Berdasarkan maklumat EIA (U.S. Energy Information Administration – Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia12:
Perbandingan lebih tepat wajar
dilakukan dengan negara-negara yang memiliki jumlah pengeluaran minyak
yang hampir sama dengan Malaysia. Jika dibandingkan dengan 10
negara lain yang mengeluarkan antara 543,000 sehingga 1.13 juta tong
minyak sehari, Malaysia memiliki harga petrol ke-4 termurah (sila klik
untuk besarkan imej):
Negara yang memiliki harga termurah
antara 10 negara tersebut ialah Qatar yang juga merupakan anggota OPEC,
diikuti oleh Oman. Kedua-dua negara ini memiliki jumlah pengeluaran
minyak yang lebih besar daripada Malaysia. Negara dengan harga petrol
ketiga termurah pula ialah Mesir, namun menurut IEA (International Energy Agency – Agensi Tenaga Antarabangsa), Mesir bakal menghapuskan subsidi tenaga kepada semua industri sebelum akhir tahun 2011.21
Jika harga petrol tidak ditukar kepada
matawang ringgit, secara perbandingan, seorang rakyat Mesir yang
berpendapatan EGP2,000 sebulan perlu membayar EGP2.75 untuk seliter
petrol RON 95, sedangkan seorang rakyat Malaysia yang berpendapatan
RM2,000 sebulan hanya perlu membayar RM1.90 untuk kuantiti dan gred
petrol yang sama.

Harga
petrol di Argentina pada tahun 2010 (kira-kira RM3.51 untuk Premium RON
97.5, RM2.89 untuk Super RON 96). Argentina mengeluarkan 787,180 tong
minyak sehari berbanding Malaysia 703,920 tong sehari. (Gambar daripada
Clarin.com)
4. Mengapa Malaysia Tidak Menambah Subsidi Untuk Menurunkan Harga Petrol?
Jumlah subsidi minyak Malaysia ialah yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4% daripada KDNK.22
Brunei, negara Asia Tenggara yang
memiliki harga petrol terendahpun hanya membelanjakan 2.2% sahaja
daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK
Brunei (RM36.88 bilion) ialah kecil berbanding Malaysia (RM682.66
bilion).10
Menurut majalah The Economist, pada tahun 2008 Malaysia mempunyai antara bil subsidi minyak termahal di dunia.23
Pada November 2010, sidang kemuncak
kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di
Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara
berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.24
Sidang tersebut antara lain dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat,
Barack Obama, Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron, selain
wakil kuasa ekonomi terbesar di Asia Tenggara, Presiden Indonesia Susilo
Bambang Yudhoyono.

Presiden
AS, Barack Obama, bersama-sama beberapa orang pemimpin negara G20. Pada
November 2010, pemimpin-pemimpin G20 telah menandatangani deklarasi
untuk menghentikan subsidi minyak, yang dikatakan ‘menggalakkan
pembaziran’, secara berperingkat. (Gambar daripada
medicalcreditfund.org)
Menurut IMF,25 subsidi
minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan
miskin. Berdasarkan kertas kerja yang diterbitkan pada 2007, untuk
setiap 1 unit sumber (unit of resources) yang digunakan oleh
golongan miskin, 3 hingga 5 atau lebih unit digunakan oleh golongan
lebih kaya. Kertas kerja berkenaan juga mencadangkan agar subsidi minyak
dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi dialihkan kepada usaha
penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur
dan mengurangkan cukai.
Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Menurut Financial Times,
subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi,
tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan
harga borong.26 Antara negara yang dilihat mengakibatkan kenaikan harga minyak dunia ialah China.27 China yang merupakan negara terbesar di dunia (populasi 1.3 bilion orang),
kini juga memiliki pasaran kereta terbesar di dunia (13.6 juta unit
kereta dijual pada 2009) apabila mengatasi Amerika Syarikat (10.4 juta
unit).28 Namun begitu, jumlah pengguna kereta yang
sebegitu besar di China tidak membayar harga sebenar untuk minyak kerana
menerima subsidi 3.9% daripada kos sebenar.22

China:
daripada pasaran basikal terbesar di dunia, kepada pasaran kereta
terbesar di dunia. Apabila China memotong subsidi pada Jun 2008, harga
minyak dunia serta-merta menjunam USD5 setong. (Gambar daripada
43bikes.com)
Apabila China memotong subsidi dan
menaikkan harga petrol sebanyak 20% pada Jun 2008, harga minyak dunia
serta-merta menurun USD5 setong.29
Harga petrol di Malaysia dalam masa 23 tahun - sejak 1990)
Sebelum 90 - RM 0.89
Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1.62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
04/06/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM 0.78)
01/09/2009 - RM 1.80 (Turun RM 0.90)
16/07/2010 - RM 1.85
04/12/2010 - RM 1.90
03/09/2013 - RM 2.10 (kenaikan RM 0.20)
Zaman era pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 13 tahun (1990 - 2003) harga minyak naik sebanyak 46sen.
Zaman era pemerintahan Tun Abdullah selama 5 setengah tahun (2003 - 2009) harga minyak naik sebanyak 1.38sen dan turun sebnyk 90sen.
Zaman era pemerintahan Dato'Seri Najib TunRazak selama 4 tahun (2009 - 2013) harga minyak naik sebanyak 25sen.
P/S Rakyat perlu sedar bahawa harga ini dipengaruhi oleh harga minyak dunia. Zaman 90an, harga minyak dunia hanya USD 15-25 satu tong, zaman anwar menjadi Menteri Kewangan harga minyak hanya RM1.10 seliter. Tapi zaman Pak Lah, harga minyak dunia naik hingga USD 143 satu tong. Harga minyak hari ini sekitar USD110 satu tong.
*HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI "
SALAM PERJUANGAN'

ZAHARRUDDIN ABD MAJID
PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)