Thursday, 18 July 2013

Kes Alvin, Vivian JADIKAN PENGAJARAN

BANGI - Keputusan mahkamah untuk tidak membenarkan pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee diikat jamin harus dijadikan pengajaran kepada semua untuk tidak sesekali mempermainkan isu agama.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara tersebut seharusnya menjadi pedoman khsususya golongan muda agar tidak sewenang-wenangnya mempersendakan apa jua agama.

"Sebarang bentuk penghinaan walaupun pada mulanya untuk jenaka tapi dalam soal sensitif, termasuk hal agama tidak boleh dijadikan bahan jenaka dan tidak boleh dikompromi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa bersama Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di sini hari ini.

Beliau berkata, keharmonian negara seharusnya dipertahankan oleh semua golongan dan usah sesekali cuba menyentuh perkara terkandung dalam Perlembagaan seperti agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini tidak membenarkan pasangan itu diikat jamin sementara menunggu perbicaraan terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersenda umat Islam dan Ramadan dalam Facebook serta mempamerkan gambar lucah dalam blog mereka.

Ahmad Zahid juga meminta supaya apa sahaja keputusan mahkamah berhubung kes itu diterima umum kerana isu agama tidak boleh dilanggar atau dipolemikkan sehingga menjurus kepada kontroversi.

Beliau juga menyokong Akta Keharmonian Nasional yang sedang diusahakan bagi menggantikan Akta Hasutan seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini.

"Dilihat isi kandungan dalam akta baharu yang akan dibentangkan di Parlimen September ini masih mengekalkan seperti dalam kandungan Akta Hasutan supaya keharmonian negara dapat dipertahankan," katanya.

Bernama.

*HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI "

SALAM PERJUANGAN'

ZAHARRUDDIN ABD MAJID
PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)

Hadith Larangan Tiup di dalam bekas dan meneguk 3 kali

Ust. Abdul Kadir

Hadith Kedua

1. Sememangnya ada hadith yang melarang bernafas di dalam bekas makanan dan minuman. Hadith tersebut ialah:

إذا شرب أحدكم فلا يتنفس في الإناء

Maksudnya: “Apabila seseorang daripada kamu minum, maka jangan dia bernafas di dalam bekas.” (HR al-Bukhari)

Daripada Ibn ‘Abbas ra, Nabi katanya:

نهى أن يتنفس في الإناء أو ينفخ فيه

Maksudnya: Bahawasanya Nabi saw melarang daripada bernafas di dalam bekas (makanan atau minuman) dan meniup di dalamnya.” (HR al-Tirmizi dan Abu Daud, al-Albani mensahihkannya di dalam Sahih al-Jami’)

Al-Syaukani di dalam Nail al-Awtar ketika mensyarahkan perkataan Nabi saw: “atau meniup di dalamnya.” Berkata: “yakni (meniup) di dalam bekas yang dia minum, dan bekas itu merangkumi bekas makanan dan minuman… demikian juga, jangan meniup di dalam bekas bagi tujuan menyejukkan makanan yang panas, bahkan hendaklah bersabar sehingga makanan itu sejuk.”

Al-‘Allamah al-Manawi di dalam Faidh al-Qadir (6/346) pula berkata: “Meniup makanan yang panas menunjukkan kegopohan sekaligus menunjukkan keburukan, tidak sabar dan mencacatkan muruah.”

Larangan bernafas dan meniup di dalam bekas makanan dan minuman ini adalah makruh, jika ada keperluan yang mendesak untuk makan atau minum dengan segera, maka tidak mengapa melakukannya. Al-‘Allamah al-Mardawi al-Hambali di dalam al-Insaf (8/328) berkata:

“Kata al-Aamidiy: “Tidak dimakruhkan meniup makanan yang panas.”

Aku (al-Mardawiy) berkata: “ia benar jika ada keperluan untuk makan pada ketika itu juga.”

Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata di dalam Syarh Riyadh al-Solihin: “Melainkan sebahagian ulama mengecualikannya (larangan meniup di dalam bekas) jika ada keperluan, seperti jika minuman itu panas dan seseorang perlu bersegera, maka sebahagian ulama meringankan perkara sebegini. Akan tetapi yang lebih afdhal, jangan tiup walaupun minuman itu panas, jika minuman itu panas dan ada bekas yang lain, maka gunakan bekas itu, menuman itu dituang ke dalamnya dan diulang perbuatan (macam buat teh tarik) itu sehingga menuman itu menjadi sejuk.”

2. Arahan minum dengan 3 teguk.
Al-Imam al-Tirmizi meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibn ‘Abbas r.’anhuma:

‏لَا تَشْرَبُوا وَاحِدًا كَشُرْبِ الْبَعِيرِ وَلَكِنْ اشْرَبُوا مَثْنَى وَثُلَاثَ وَسَمُّوا إِذَا أَنْتُمْ شَرِبْتُمْ وَاحْمَدُوا إِذَا أَنْتُمْ رَفَعْتُمْ

Maksudnya: “Jangan kamu semua minum sekali (teguk), sama seperti unta minum, akan tetapi menumlah dua kali-dua kali atau tiga kali-tiga kali, dan sebutlah bismillah bila kamu hendak minum dan bertahmid jika kamu selesai.” (Ibn Hajar di dalam Fathul Bari mengatakan sanad hadith ini lemah)

Di dalam Tuhfah al-Ahwazi dinyatakan:

“al-Hafidz Ibn Hajar di dalam fathul Bari berkata: al-Tobari di dalam al-Awsath mengeluarkan (satu hadith) dengan sanad yang hasan daripada Abu Hurairah:

كَانَ يَشْرَبُ فِي ثَلَاثَةِ أَنْفَاسٍ إِذَا أَدْنَى الْإِنَاءَ إِلَى فِيهِ , يُسَمِّي اللَّهَ فَإِذَا أَخَّرَهُ حَمِدَ اللَّهَ بِفِعْلِ ذَلِكَ ثَلَاثًا

Maksudnya: “Adalah Nabi saw minum dengan tiga kali nafas, jika bekas mendekati mulut baginda, baginda membaca bismillah, apabila menjauhinya, baginda bertahmid, baginda melakukannya tiga kali.”

Kata Ibn Hajar: “Hadith ini asalnya di dalam Ibn Majah, dan ia ada syahid (sokongan) dari hadith Ibn Mas’ud di sisi al-Bazzar dan al-Tobrani. Al-Tirmizi mengeluarkannya dari hadith Ibn ‘Abbas (iaitu hadith yang dinyatakan di atas):

Maksudnya: “dan sebutlah bismillah bila kamu hendak minum dan bertahmid jika kamu selesai”

Hadith ini boleh membawa maksud (membaca bismillah dan bertahmid itu) pada permulaan dan akhir sahaja.

Wallahu a’lam

*HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI "

SALAM PERJUANGAN'

ZAHARRUDDIN ABD MAJID
PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)

Sunday, 14 July 2013

SKMM akan panggil pasangan persenda Ramadan

July 14, 2013 · 18 Comments

KUALA LUMPUR 14 Julai – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memanggil pasangan yang mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar makanan yang menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini di laman facebook mereka.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee, 24, akan dipanggil memberi keterangan berhubung kes itu yang mendapat bantahan banyak pihak.

“SKMM akan memanggil mereka bagi membantu siasatan kes itu dalam masa terdekat, buat masa ini kita serah pada SKMM untuk jalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Pasangan itu yang juga bekas penuntut National University of Singapore mempersendakan Ramadan dengan memuat naik gambar sedang menikmati hidangan dengan kapsyen ’Selamat Berbuka Puasa dengan bak kut teh…wangi enak dan menyelerakan’ berserta logo halal.

Hari ini, satu lagi akaun facebook telah memuat naik status yang mempersenda Ramadan dengan menampilkan iklan berbuka puasa dengan babi panggang yang turut diletakkan logo halal.

Mengulas mengenainya, Jailani berkata, perkara itu telah dibawa kepada SKMM yang mengesahkan akaun itu diwujudkan oleh pengguna dari luar negara.

“SKMM akan membuat laporan kepada pengurusan facebook dan meminta mereka menyekat atau memadam akaun berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, Jailani menasihatkan pengguna facebook terutama umat Islam supaya membuat laporan terus kepada pentadbiran laman sosial itu atau SKMM jika mendapati ada perbuatan menghina kesucian Islam dalam laman sosial itu.

Pengguna facebook juga dinasihat supaya tidak berkongsi atau menyebarkan status berkenaan bagi mengelak berlakunya suasana tidak selesa dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

- Bernama

*HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI

SALAM PERJUANGAN'

ZAHARRUDDIN ABD MAJID
PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)

Wednesday, 10 July 2013

Parlimen Belia ditangguh hingga tahun depan: Khairy

Parlimen Belia ditangguh hingga tahun depan: Khairy
2013/07/10

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Parlimen Belia terpaksa ditangguh sehingga awal tahun depan bagi memastikan anggota perwakilan yang dipilih menggambarkan representasi sebenar kumpulan itu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, berkata setakat ini jumlah pendaftaran pemilih bagi kesemua 222 kawasan Parlimen hanya 15,516 orang.
"Di sesetengah kawasan, bilangan pengundi yang berdaftar hanya tujuh orang, jadi kita terpaksa tangguhkan sebab saya rasa ia tidak menggambarkan representasi sebenarnya (belia) jika tujuh orang saja yang mengundi ahli Parlimen, maknanya dia tidak mendapat perwakilan sebenar," katanya.

Khairy menjawab soalan tambahan Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (PAS-Pasir Mas) yang meminta penjelasan mengenai pewujudan Parlimen Belia yang dicadangkan sejak 2011 oleh Makmal Transformasi Belia Negara.

Ia adalah usaha untuk mengenali serta memahami keperluan sebenar apa yang disebut sebagai Generasi Y di negara ini.

Tujuan utama pelaksanaan Parlimen Belia adalah melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara pada masa ini dan akan datang.

Pendaftaran pemilih Parlimen Belia dibuka kepada warga Malaysia berusia 15 tahun hingga 40 tahun pada tahun semasa.
Menjawab soalan Anuar Abd Manap (BN-Sekijang) sama ada kementerian berhasrat membawa Festival Belia ke seluruh negara, Khairy berkata ia sememangnya penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

"Ini satu pembaharuan yang akan kita lakukan kepada Festival Belia untuk memastikan ia dapat dirasai di peringkat akar umbi. Kita tidak mahu penganjurannya hanya tertumpu di Putrajaya.

"Kita bercadang untuk menganjurkan festival ini dari peringkat daerah dan negeri sebelum dibawa ke Putrajaya... kita hendak perbanyakkan program bersifat 'Road to Putrajaya' supaya semangatnya turut dirasai di seluruh pelosok negara," jelasnya. - BERNAMA.

 *HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI

SALAM PERJUANGAN'

ZAHARRUDDIN ABD MAJID

PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)

Tuesday, 9 July 2013

SUMBANG TENAGA MEMBANTU MASYARAKAT DI PALOH

PALOH - Barisan ajk dan ahli yang berbilang kaum dari PBDB membuat khidmat masyarakat sempena menyambut ramadhan 2013 dengan membantu masyarakat kg muhibbah paloh kluang johor. program ini inisiatif PBDB kerana Golongan belia diminta menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi program 1Malaysia For Youth (1M4U) menggerakkan usaha kesukarelawan membantu masyarakat tempatan.

langkah ini juga mampu memastikan golongan belia dapat meneruskan kesinambungan dan menggalas tanggungjawab pemimpin hari ini yang turut turun padang membantu masyarakat setempat.

turut hadir bersama dalam program ini Ketua Kg Muhibbah, Pegawai Khas kepada YB Parlimen Sembrong dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Selain membersihkan kawasan tanah perkuburan wakaf paloh, PBDB juga bersama masyarakat kampung gotong royong membersihkan surau dan mengecat surau tmn melati paloh bagi persedian menyambut ramadhan, PBDB juga di beri peluang untuk membantu untuk penyediaan makan beradab pengantin di satu majlis perkahwinan yang berlangsung di kg muhibbah, sebelum meninggal kan kawasan paloh PBDB juga memberi sumbangan barangan keperluan harian kepada asnaf.
 
 *HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI

SALAM PERJUANGAN'

ZAHARRUDDIN ABD MAJID

PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)

MEMBINA HUBUNGAN BERSAMA SINGAPURA

12 AJK dan ahli ke Singapura bagi rangka lawatan rasmi ke National Youth Achievement Award (NYAA) Singapore untuk bertukar pandangan dan merangka program bersama antara belia terbaik dari negara Singapura dan Malaysia khususnya Persatuan Belia Dinamik Barat (PBDB).

NYAA adalah badan sekretariat yang ditugaskan untuk menyelia program anugerah belia negara disana yang diaadaptasikan dari program The International Award for Young People. Di Malaysia, program ini adalah dinamakan Anugerah Remaja Perdana dibawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan. PBDB adalah diantara badan NGO belia di Malaysia yang mengambil program Anugerah Remaja Perdana ini sebagai sebuah program teras untuk pembangunan modal insan dan belia didalam persatuan ini.
                                                
Program selama sehari suntuk ini juga bertujuan untuk merangka persefahaman dan pendekatan bilateral (dua-hala) akan datang yang melibatkan Malaysia dan Singapura, khususnya dalam merangka program dan aktiviti yang menitikberatkan unsur-unsur kesukarelawanan, khidmat masyarakat, penjelajahan lasak dan kemahiran diantara belia kedua-dua negara ini.

Ahmad Siddiq, 24, peserta ARP Emas dari KL berkata "Ini adalah kali pertama sebuah badan NGO belia tunggal membuat lawatan rasmi ke NYAA Singapura dengan inisiatif sendiri untuk menjalinkan persahabatan dan perbincangan dua hala diantara dua-dua badan yang berada di landasan yang sama, tetapi berlainan teknik dan pendekatan untuk menjalankan program tersebut"

James soh ,pengarah esekutif NYAA Singapore berkata , lawatan ini adalah amat baik bagi mehubungkan keakrapan antara singapura dan malaysia ,dan beliau berbesar hati untuk memberi pandangan dan dorongan bagi bersama-sama membangunkan belia diantara kedua-dua negara. NYAA juga memberi peluang untuk PBDB menghantar ahlinya ke singapura untuk pertukaran belia bagi merapatkan antara ahli PBDB dan NYAA Singapura .
                                 
Sucira a/p Nai soow 20, peserta ARP tahap emas PBDB berkata ini satu peluang bagi beliau melihat bagaimana anugerah disesebuah negara dijalankan dan implikasikan terhadap keadaans semasa. biarpun beliau satu-satunya calon peserta emas dari kaum orang asli beliau tidak rasa janggal bila berada di sana bahkan beliau amat optimistik menjadikan program ini satu landasan yang betul untuk memantapkan lagi diri dan negara.

 *HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI

SALAM PERJUANGAN'

ZAHARRUDDIN ABD MAJID

PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)

Video 7 Hari “Couple” Puteri Awani Mohon Maaf

Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan berita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.
Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia.
Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :’) Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang .
Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin verita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah.
SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa .
Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :’)

Artikel disiar pada 09/07/2013 - 5:29 pm oleh EDITOR