Tuesday, 16 April 2013

PRU13 : Senarai Calon PARLIMEN dan DUN NEGERI SEMBILAN



Seremban, 16 April – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Pengerusi BN Negeri mengumumkan calon wakil rakyat BN di PRU13, sebentar tadi.

Beliau mengumumkan pada jam 11.00 pagi di kediaman rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Senarai Calon Parlimen adalah seperti berikut :

P126 Jelebu : Tuan Zainuddin Hj Ismail

P127 Jempol : Tan Sri Dato’ Seri Utama Hj Mohd Isa Dato’ Abd Samad

P128 Seremban : Dato’ Yeow Chai Thiam

P129 Kuala Pilah : Dato’ Hasan Malek

P130 Rasah : Encik Teo Eng Kian

P131 Rembau : Tuan Hj Khairy Jamaluddin Abu Bakar

P132 Telok Kemang : Dato VS Mogan

P133 Tampin : Dato Shaziman Abu Mansor

Senarai nama calon kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)

N01 Chennah : Siow Foo Wen

N02 Pertang : Jalaluddin Alias

N03 Sungai Lui : Mohd RAzi Mohd Ali

N04 Klawang : Dato Yunus Rahmat

N05 Serting : Dato’ Shamsulkaha Mohd Deli

N06 Palong : Dato’ Lillah Hj Yassin

N07 Jeram Padang : Manikan a/l Mechumanan

N08 Bahau : Dr. Yee Mee Fa

N09 Lenggeng : Dato’ Ishak Ismail

N10 Nilai : Gan Chee Biaw

N11 Lobak : Titan Ho Kok Yeaw

N12 Temiang : Lee kee Chong ( Jason Lee)

N13 Sikamat : Wan Salwati Hj Abdullah

N14 Ampangan : Hj Abu Ubaidah Redza

N15 Juasseh : Dato’ Mohamad Razi Hj Kail

N16 Seri Menanti : Dato’ Abdul Samad Ibrahim

N17 Senaling : Dato’ Ismail Lasim

N18 Pilah : Dato Norhayati Omar

N19 Johol : Ustaz Mohd Fadzil Kassim

N20 Labu : Dato’ Hasim Rusdi

N21 Bukit Kepayang : Wong Oi Foon

N22 Rahang : Julia Wong

N23 Mambau : Datuk Yu Chok Tow

N24 Senawang : Choong Vee Hing

N25 Paroi : Mohd Ghazali Abd Ghani

N26 Chembong : Dato’ Zaifulbahri Idris

N27 Rantau : Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan

N28 Kota : Dato’ Awaluddin Said

N29 Chuah : Dato’ Seri Dr. Lim Chin Fui

N30 Lukut : Vincent Yeong

N31 Bagan Pinang : Tuan Hj Tun Khairuddin Abu Bakar

N32 Linggi : Abd Rahman Redza

N33 Port Dickson : Dr P. Tanaletchumi

N34 Gemas : Abd Razak Said

N35 Gemencheh : Mohd Hisham Mohd Isa

N36 Repah : Yap Seong Fook



72% senarai calon baru diperkenalkan mewakili Barisan Nasional di PRU13 ini dan mempunyai latar belakang profesional, ahli perniagaan dan sebagainya.

Penamaan calon dijadualkan berlangsung 20 April ini manakala tarikh pembuangan undi dijadualkan 05 Mei 2013.

SUMBER DARI N9 KINI




*HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI

SALAM PERJUANGAN'



ZAHARRUDDIN ABD MAJID
PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)

Sunday, 14 April 2013

BN serah surat tauliah calon PRU-13 hari ini


KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) akan menyerahkan surat tauliah calonnya yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada pengerusi BN negeri hari ini iaitu lima hari sebelum penamaan calon pada Sabtu ini.





Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan BN, Datuk Ahmad Maslan berkata, majlis itu akan diadakan di Ibu Pejabat BN di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Katanya, pengerusi BN negeri akan pulang ke negeri masing-masing untuk mengumumkan calon-calon PRU-13 BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

"Kebanyakan negeri dijangka membuat pengumuman esok (hari ini) dan Selasa ini.
"Semua itu terpulang kepada mereka (pengerusi-pengerusi BN negeri)," katanya.

Beliau berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyampaikan surat tauliah itu kepada pengerusi BN negeri.

Sementara itu, di Kota Bharu, Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pengumuman calon BN negeri itu akan diumumkan selepas mendapat lampu hijau daripada Najib.
Katanya, BN Kelantan telah mengemukakan cadangan calon yang terdiri daripada muka lama dan baharu, tokoh agama, Pemuda serta Wanita dan senarai itu telah mendapat pandangan daripada semua pihak termasuk perbincangan dengan ketua-ketua UMNO bahagian masing-masing.

Beliau berharap mereka yang tidak dicalonkan tidak merajuk dan mengkhianati parti dengan melakukan sabotaj 'cah keting'.

"Kalau merajuk sekali pun fikirlah yang kita perlu kembali bekerja demi untuk merampas Kelantan daripada Pas dan untuk masa depan rakyat yang perlukan pembelaan kita," katanya. BN Johor dan Kedah pula dijangka mengumumkan calon BN negeri masing-masing pada pagi Selasa, kata jurucakap BN di kedua-dua negeri terbabit. - Bernama

  *HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI

SALAM PERJUANGAN'



ZAHARRUDDIN ABD MAJID
PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)

Friday, 12 April 2013

BAGAIKAN BEROK DAPAT BUNGA


Manupulasi rasa cinta untuk menderhaka kepada Pencipta cinta (Allah).

Atas dorongan untuk meraikan cinta kononnya, batas akidah, syariat dan akhlak dilanggar semahu-mahunya. Cinta yang dicipta indah oleh Allah yang Maha indah, menjadi punah. Dikotori oleh pemujanya seperti kera yang merosakkan bunga.

Cinta yang suci untuk tujuan yang suci telah dicemari. Cinta yang berfokuskan seks – yakni cinta yang diilhamkan oleh Tuhan kepada haiwan itulah yang dipuja oleh manusia yang bertamadun!

Mengapa jadi demikian? Ini kerana masih ramai manusia yang sedang mengalami kekosongan jiwa (emptines). Hidup hanya untuk memenuhi kehendak nafsu yang inginkan kepuasan material dan fizikal, urat, daging dan tulang. Apabila persoalan paling ‘basic’ (asas) dalam hidup tidak terjawab dengan tuntas… Itulah akibatnya.

Apakah persoalan itu? Ya, mengapa kita dihidupkan? Orang Islam yakin bahawa Allah tidak mencipta manusia sia-sia. Manusia punya tugasan dan peranan yang
sangat besar. Al Quran menegaskan Allah ciptakan manusia dengan tujuan menjadi hamba-Nya dan khalifah di muka bumi.

Selagi kita berpegang kepada tujuan hidup ini dan melaksanakannya, hidup kita akan dipenuhi ketenangan. Kekosongan jiwa, minda dan masa kita akan terisi dengan sepenuhnya. Kita boleh melaksanakan apa jua aktiviti yang tidak terkeluar daripada kerangka tujuan hidup yang telah ditentukan Allah itu. Selagi manusia bertindak selaras dengan tujuan penciptaannya, maka selagi itulah ia akan tenang, selamat dan bahagia.

Sebaliknya jika tujuan hidup ini diabaikan, maka kekosongan jiwa pun berlaku. Pada waktu itu jiwa meronta-ronta bagaikan ikan tanpa air. Akibatnya, manusia terus mencari. Pencarian ini bukan menambah ketenangan, tetapi tambah mengusutkan. Apabila panduan Islam diabaikan, maka jalan atau kaedah yang salah telah dipilih.

Cinta dalam Islam mesti diasaskan pada tanggung-jawab, pembelaan, pendidikan, penjagaan dan perlindungan atas nama Allah. Cinta mertabat tinggi ini lebih sejati dan hakiki berbanding cinta di atas kad ucapan, kotak hadiah, lagu, pakaian, cincin dan lain-lain elemen Hari kekasih. Hari pertunangan, pernikahan, ulang tahun perkahwinan, hari mendapat cahaya mata… adalah hari-hari kekasih yang sepatutnya disambut meriah dengan erti dan makna yang lebih mendalam dan ikhlas. Bukan seperti Hari Valentine yang bersifat luaran, gimik dan penuh kepura-puraan yang acapkali untuk mewajarkan sahaja pelempiasan hawa nafsu seks atas nama cinta suci!

Ingatlah, tidak akan ada kebahagiaan yang sejati dengan melanggar hukum Allah. Ini sepatutnya diterima dengan hati yang terbuka, dengan penuh kesedaran bahawa Tuhan yang mencipta manusia maka Dialah yang paling arif menentukan apakah yang diperlukan oleh manusia untuk tenang dan bahagia. Jika kita mencintai Allah yang Maha Pengasih, kita akan mampu mengasihi sesama manusia pada setiap masa, keadaan dan ketika.

 *HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI

SALAM PERJUANGAN'



ZAHARRUDDIN ABD MAJID
PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)