Wednesday, 20 March 2013

maut terkena kipas helikopter kawalan jauh

Wartawan Sinar Harian

SEREMBAN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut selepas terkena kipas helikopter kawalan jauh ketika menyaksikan majlis perasmian padang bola sepak sintetik di Kompleks Belia dan Paroi di sini, kira-kira jam 10.30 malam tadi.
Nurdamia Husnina Banee Yamin meninggal sejurus tiba untuk rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu.

Alat mainan itu turut mengenai bapanya Banee Yamin Idris, 35, di kepala dan dia turut menerima rawatan di hospital yang sama.

Seorang saksi, Abdul Latif Salim dipetik Bernama berkata, helikopter mainan itu hilang kawalan sebelum menjunam ke arah orang ramai.

Dia juga sempat mengelak sebelum pesawat mainan itu terkena bayi tersebut yang sedang dipangku bapanya.

"Saya lihat kepala bayi itu berdarah yang kemudiannya dia dikejarkan bapanya ke ambulans di situ untuk dibawa ke hospital," katanya.

Pertunjukkan helikopter kawalan jauh itu merupakan sebahagian daripada acara di majlis tersebut yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad ketika ditemui pemberita selepas melawat mangsa di hospital melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian itu yang disifatkannya sebagai di luar jangka.

Katanya, kerajaan negeri akan menubuhkan lembaga siasatan bagi menyiasat bagaimana kejadian berlaku dan memastikan ia tidak berulang di masa depan.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan memastikan keluarga mangsa akan mendapat bantuan sewajarnya terutama bagi urusan pengkebumian bayi tersebut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata pengendali alat terbabit yang berusia 40 tahun telah membuat laporan polis dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan.
jenazah adik Nurdamia Rashid (i tahun 6 bulan) yang terbunuh akibat libasan kipas helikopter kawalan jauh yang terjatuh semasa perasmian padang bola sintetik di kompleks belia n sukan Paroi malam tadi selamat dikebumikan di Kd Air Taling Johol..AL-FATIHAH

Monday, 18 March 2013

Nasihat Syeikh Al- Tantawi Buat Puterinya

Wahai puteriku… aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?

HAKIKAT KEMATIAN dan KAITAN WAKTU ASAR

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Malaikat Maut : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Sabda Nabi Muhammad S.A.W

100 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 Hari Tanda Sebelum Kematian
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

7 Hari Tanda Sebelum Kematian
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

3 Hari Tanda Sebelum Kematian
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 Hari Tanda Sebelum Kematian
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Nazak atau Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Waktu Asar?Apa yang membuatkan aku terfikir dan ingin mengkaji adalah kenapa semua tanda ini berlaku pada waktu asar? Mengapa bukan pada waktu yang lain subuh, zohor, maghrib mahupun isyak.

Ya! Wallahuallam, memang hanya Allah yang tahu tetapi kita dikurniakan akal dan pancaindera untuk menkajinya.Jadi berpandukan google dan search engine lain aku cuba mencari maklumat dan kaitkan mengapa waktu asar?

Kebaikan Solat Waktu Asar
Aku cuba menafsir melalui kebaikkan waktu asar, dimana kelebihan solat pada waktu asar.Mengaitkan pada waktu ini terdapat frekuensi warna oren yang melambangkan kreativiti.Orang yang tertinggal waktu asar dikatakan akan hilang daya kreativitinya dan sebab itulah jika kita tidur (jasad terpisah dari ruh) kita berkemungkinan kurang daya kreativiti atau mungkin kurang waras a.k.a gila

Namun melalui pandangan aku ini mungkin agak jauh dari situasi kematian dan aku terus mencari sehinggalah terjumpa...

"wal asri" (demi masa, waktu asar)-surah al-asr ayat 1

Sebagaimana yang diketahui setiap hari dalam kalendar islam waktu pertama bukan pukul 12:00 a.m tetapi pada waktu maghrib.Waktu asar adalah penghujung hari dan penutup segala catitan pada waktu tersebut.

Sebagaimana yang diceritakan didalam surah tersebut mengapa 'asr' disebut adalah sebagai peringatan bahawa cahaya alam akan dicabut dan malam akan menjelma oleh itu sentiasalah beringat akan kematian dan hari pembalasan kerana masa kian suntuk.

Mungkin ini hanya tafsiran seorang yang amat cetek dalam agama dan mungkin ada yang lebih megetahui akan hal ini jadi cuba kongsikan kerana yang baik itu datangnya dari Allah dan yang lemah adalah dari diri aku sendiri

Wallahuallam...

anda fikir anda tahu Tanda-Tanda Akhir Kematian dan Kaitan dengan Waktu Asar? anda fikir sekali lagi

assalamualaikum....

DARI BLOG : akumijae

TANDA-TANDA SEBELUM TIBA KEMATIAN 1) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar. 2) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak 3) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-Kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing. 4) 7 hari : Mengidam makanan. 5) 5 hari : Anak Lidah bergerak-gerak 6) 3 hari : Bhagian tengah di dahi bergerak-gerak 7) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak 8) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu sbuh dan asar. 9) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan). Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam dan jangan lagi bercakap-cakap. KETIKA MALAIKAT HENDAK MENCABUT NYAWA Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda : "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam bada! n dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu." Sambung Rasullullah S.A.W. lagi : "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as" "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang itu tidak lagi melihat orang disekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya." Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata : "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan 0leh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. Berfirman yang bermaksud : "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnnya dari arah lain." Sebaik sahaja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluarlah penulisan ilmu. Maka berkata tangan :Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan initelah mengeluarkan sedekah, tangan ini menusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan, maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata : "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik sahaja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata :"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin ini dari arah mata tetapi baru sahaja hendak menghampiri mata, maka berkata mata : "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai malaikatku, tulis Asmaku ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik sahaja mendapat perintah Allah S.W.T maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik sahaja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Telah bersabda Rasullullah S.A.W. : Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya :- 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yanf mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang-orang berpuasa di hari Arafah. 6 TANDA ALAMAT SAAT-SAAT AKHIR KEMATIAN 1 Bahawa Keluar ia daripada diri kamu suautu cahaya, warnanya seperti embun. Maka jadi embun itu seperti awam yang putih, dan di dalanya seperti rupa kita. Dan pakaiannya kuning. Dan tubuhnya putih. Berkata ia sperti perkataan Nabi, maka jangan engkau percaya kata-katanya itu 2 Bahawa Keluar ia daripada diri kamu suautu cahaya, warnanya hijau Dan di dalanya hayat kita. Ruapanya seperti burung tiran, maka jadi seperti kuldi. Maka ia berkata:” Akulah Buraq”. Maka jangan engkau percaya kata-katanya itu 3 Bahawa datanga kepadamu seorang laiki-laki terlabih baik. Rupanya api. Dan keluar daripada telinganya api. Maka jangan engkau hairana kepadanya. 4 Datang kepada mu malam gelap, maka timbul cahaya seperti cermin, di dalamnya ‘Durratul Baidha’ yakni permata gilang gemilang, dan cahaya di dalamnya seperti rupa Nabi. Maka sucikanlah kamu ketika itu, maka wajiblah berpesan, dan ketahuilah olehmu bahawa engaku hamper kepada mati. Maka jangan engkau syak lagi akannya. 5 Bahawa datng kepada mu suautu cahay sepohon kayu berdiri ia di bawah Arash, datang ia kepada hadapau mu. Dan di dalamnya ada malaikat. Maka ketahuilah oleh mu, bahawa hampirlah engkau akan mati. Maka jangan engkau syak lagi akannya. 6 Datang kepada mu suautu cahaya yang seperti sehelai rambut, maka berdiri ia apada dahi kamu, seketika itu datanglah malaikat ududk di atas kanan mu. Maka ia berkata: “Sejahteralah atas kau wahai Wali allah!. Bermual Allah Taaal menyuruh mewahyukan salam kepada mu” Maka jawab kita: “ Atas kamu pun sejahtera. Dan daripada Allah sejahatera dan kepada Nya jua kembali sejahtera” Maka kemudian Nur yang kecil itu masuk ia ke dalam cahaya mata, maka masuklah ia kepada urat. Kemudian maka beredarlah ia kepada ubun-ubun kepala, dan itulah yang bernama Baitul Makmur, hingga nyawa kamu naiklah ia atasnya. Kemudian maka masuklah di dalam maqamnya. Maka mengucaplah hatimu pada ketika itu. Maka matilah kita. Maka keluarlah cahaya yang kecil seperti sehelai rambut, maka terlebih besar tiadalah dapat dirupakan lagi terlebih cahaya daripada matahari dan bulan. Dibuka pintu langit, maka lintaslah ia kepada Arash, hingga sampai nyawa ke hadrat Tuhannya, Maka melihat akan Tuhannya. Firman Allah Taala: “ Menilik bagi Allah, dan kepada Allah jua kembali amanahnya” Maka pulanglah bayang-bayang itu kepada yang empunya dia, dan pulanglah buah itu kepada air. Bermula Allah jua mencuba kita kepada jalan yang betul. Abu Bakar R.A telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A : "Roh itu menuju ketujuh tempat :- 1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina. 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka. mereka diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari kiamat

Read more at: http://alifbraja.blogspot.com/2012/06/hakikat-kematian-tanda-ketika-dan-saat.html
Copyright © ALIFBRAJA|alifbraja.blogspot.com Under Common Share Alike Atribution

MENANTI SERUAN MU YA ILLAHI

Abu Nu’aim meriwayatkan bahawa ketika Rasulullah saw berangkat meninggalkan Mekah berhijrah ke Madinah, Baginda mengucapkan doa sebagai berikut :

“ Puji syukur bagi Allah yang telah menciptakan aku, sebelum itu aku bukanlah apa-apa. Ya Allah, tolonglah aku dalam menghadapi marabahaya dunia, bencana zaman dan musibah yang mengancam siang dan malam.”
“ Ya Allah, sertailah aku dalam perjalanan, lindungilah keluarga ku, limpahkanlah keberkatan atas rezeki yang Engkau anugerahkan kepadaku. Ku serahkan kepada Mu kerendahan diriku dan demi kebaikan akhlakku, luruskanlah aku. KepadaMu aku mohon curahan kecintaan Mu. Janganlah aku Engkau serahkan kepada orang lain. Ya Allah, Engkau adalah Tuhan kaum yang lemah dan Tuhanku jua. Aku berlindung kepada kekuasaan Mu, Maha Pemurah yang telah menciptakan langit dan bumi, yang menyinari kegelapan dan menentukan kebaikan orang-orang masa dahulu dan masa mendatang. Janganlah aku sampai terkena marah Mu, dan tertimpa murka Mu. Aku berlindung kepada Mu agar tidak kehilangan nikmat kurnia Mu, terhindar dari balasan siksa Mu, dan jangan sampai kasih sayang Mu berubah menjadi murka terhadap diriku. Kurelakan segala yang ada padaku untuk Mu. “
“ Tiada daya dan tiada kekuatan lain selain atas perkenan Mu.”
* SESUNGGUHNYA AKU MENUNGU PANGGILAN MU YA ILLAHI SEBELUM AKU MENUTUP MATA, 

Thursday, 14 March 2013

Tuntutan hak ke atas Sabah terbatal

KOTA KINABALU – Penyertaan Sabah dalam gagasan atau pembentukan Malaysia pada 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas negeri ini yang dahulunya dikenali sebagai North Borneo, kata Prof Madya Dr Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pensyarah Sekolah Sains Sosial (Program Sejarah) itu berkata berdasarkan perkara itu sebarang tuntutan hak ke atas negeri Sabah ketika ini adalah terbatal.

“Tarikh penubuhan Malaysia pada tahun 1963 menghapuskan sebarang tuntutan ke atas Sabah dan pada tahun 1888, Sabah di bawah naungan kolonial British dan pada tahun 1903 protokol telah menetapkan jajahan Amerika Syarikat di Filipina tanpa Sabah.

“Pada tahun 1946, Sabah diserah kepada British dan jelas pada tahun 1963 Sabah berada dalam Malaysia,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Justeru Dr Bilcher berkata, tindakan Jamarul Kiram III menyerang Sabah dengan alasan menuntut hak warisan Kesultanan Sulu adalah satu jenayah yang boleh disifatkan sebagai serangan pengganas.

Mengenai bayaran yang dibuat oleh kerajaan Malaysia terhadap waris Kesultanan Sulu, beliau berkata ia cuma pampasan atau saguhati perjanjian “sewa mati 1787″ yang tertulis pajakan kekal.

“Maka pampasan itu dibayar sampai mati (istilah dalam perjanjian ‘selagi ada bulan dan bintang’),” katanya

Mengupas kembali sejarah Sabah, Dr Bilcher berkata penduduk Sabah telah memilih Malaysia (pada tahun 1963) seperti yang terkandung dalam Laporan Cobbold.

“Cuma Sultan Sulu fikir orang Sabah adalah rakyatnya. Rakyat adalah pengakuan taat setia pengikut. Tapi orang Sabah tidak mengakui mereka ada sultan melainkan Gabenor (kini Yang Dipertua Negeri Sabah).

“Justeru itu, tuntutan yang mendakwa dirinya sebagai pewaris Kesultanan ulu, jika ada sultan pun, ke atas Sabah adalah terbatal melalui beberapa peringkat perjanjian sebelum ini.

“Hakikatnya, Sulu tidak ada sebuah kerajaan atau negara yang membolehkan “ada hak” untuk membuat tuntutan. Tuntutan ini cuma tuntutan individu semata-mata, yang tidak melibatkan orang ramai, tetapi individu itu telah memperalatkan orang ramai untuk mencapai kepentingan dirinya sendiri,” katanya.

Oleh itu, Dr Bilcher berkata tindakan menyerang negara luar adalah jenayah dalaman negara Filipina dan jenayah antarabangsa di Malaysia.

“Melainkan jika individu itu memiliki kerakyatan Malaysia, maka ini adalah jenayah yang berat, setara ancaman Komunis dahulu atau pengganas,” katanya.

Di KUALA LUMPUR, semasa menjelaskan isu sama, bekas Menteri Luar Tan Sri Syed Hamid Albar berkata bayaran AS$5,000 (RM15,500) setahun oleh kerajaan Malaysia kepada waris Kesultanan Sulu sehingga hari ini bukanlah wang sewaan atau pajakan tetapi merupakan satu bentuk wang penghargaan yang dikenali sebagai “cession”.

Katanya beliau sendiri pernah melihat cek dengan jumlah tersebut dibayar kepada waris Kesultanan Sulu ketika menjadi Menteri Luar dari 1999 hingga 2008.

“Wang penghargaan atau cession berkenaan sama seperti duit penghargaan yang dibayar oleh kerajaan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah apabila pulau itu diserahkan kepada British,” jelas beliau kepada Bernama.

Menegaskan Kesultanan Sulu yang ada hari ini bukan kerajaan yang diiktiraf, Syed Hamid berkata, waris keluarga itu tidak layak membawa tuntutan Sabah ke Mahkamah Keadilan Antarangsa (ICJ).

“Ini kerana ICJ hanya menguruskan kes-kes yang melibatkan kerajaan yang sah. Kesultanan Sulu bukan satu kerajaan,” katanya.

Syed Hamid berkata, kuasa pentadbiran dan politik yang ada pada Kesultanan Sulu dianggap berakhir apabila Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada tahun 1915 dengan penjajah Filipina ketika itu iaitu Amerika.

Syed Hamid berkata cubaan menuntut Sabah pernah dibuat oleh Filipina ketika Malaysia dan Indonesia membawa masalah tuntutan pulau Sipadan dan Ligitan ke ICJ pada tahun 2001.

“Filipina cuba untuk turut serta dalam tuntutan itu. Bagaimanapun ICJ terus menolak campur tangan Filipina dalam tuntutan Sipadan dan Ligitan yang terletak dalam perairan Sabah dengan alasan tuntutan itu tidak ada asas. Ini jelas menunjukkan, Filipina sama sekali tidak mempunyai hak ke atas negeri di bawah bayu itu,” katanya.

Syed Hamid menegaskan Sabah merupakan wilayah Malaysia yang berdaulat kerana Suruhanjaya Cobbold yang ditubuhkan sebelum pembentukan Malaysia melaporkan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak mahu merdeka di dalam Malaysia.

Sementara itu, pakar sejarah Prof Dr Ramlah Adam menyatakan keyakinannya bahawa pihak kerajaan mempunyai dokumen perjanjian wang penghargaan tersebut.

“Kerajaan Malaysia memang menyimpan dokumen itu sebab selepas kita (kerajaan) ambil alih dari British kita ambil alih juga segala perjanjian itu sebab soal ‘cession money’ itu sangat penting,” katanya.

Tambahnya, perjanjian itu menyatakan wang penghargaan akan diserahkan kepada waris bukannya kesultanan Sulu selagi ‘ada bulan dan bintang’.

“Perjanjiannya adalah selagi ada bulan dan bintang, bukan ada tarikh, itu cara orang dulu buat perjanjian, saya tidak tengok perjanjian itu tetapi saya tahu ada perjanjian.

“Ia (wang penghargaan) diberi kepada waris bukan kesultanan. Kesultanan Sulu telah tiada. Itu yang diperkatakan dalam sejarah Sulu. Semasa kita membuat sejarah Malaysia kita tidak pernah menyentuh tentang kerajaan Sulu ia termasuk dalam sejarah Filipina.

“Kita (Malaysia) tidak termasuk, kita hanya anggap ia sebagai kaum Suluk sahaja,” katanya. – Bernama / SH

*HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI

SALAM PERJUANGAN'

ZAHARRUDDIN ABD MAJID
PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)

Wednesday, 6 March 2013

DARI LAHAD DATU..MERUNGKAI AGAR TERUNGKAI..SETIAP PERSOALAN PASTI ADA JAWAPAN.

KESULTANAN SULU KIRAM sebenarnya sudah lama tidak wujud sejak kematiannya Sultan Muhamad Jamalul Kiram ke-2 terakhir pada tahun 1936 kerana selepas itu tiada zuriat.

Yang ada sekarang ialah keturunan-keturunan dan kerabat-kerabatnya yang mendiami beberapa wilayah seperti di kepulauan Jolo, Mindanao, Palawan dan sebagainya. Mereka masih mengaku diri mereka sebagai keturunan Sultan Kiram dan keturunan-keturunannya yang lain.

Keturunan Kiram ini ada di mana-mana, seperti di Washington, Jakarta dan di seluruh Sabah terutama di Lahad Datu dan Kota Kinabalu. Di Sembulan keturunan Sultan Kiram ini masih ramai.

Mereka ini sentiasa berperang dengan Kerajaan Filipina kerana mereka menuntut Wilayah pemerintahan sendiri. Mereka tidak hendak berada di bawah pemerintahan Kerajaan Filipina. Pada masa yang sama mereka juga masih menuntut sebahagian wilayah Sabah yang mereka sebut sebagai North Borneo sehingga ke hari ini.

Namun demikian, ketika North Borneo dijajah oleh British dan Jepun, apakah mereka berusaha berperang dengan British dan Jepun? Jika Sabah milik mereka, mereka langsung tidak ada inisiatif merampas negeri Sabah selepas Perang Dunia Kedua. Sejarah moden Sabah sehingga ke hari ini ialah Sabah sebuah negeri yang merdeka di dalam Malaysia.

RAHSIA RAJA MUDA AZZIMUDIE

Selepas serangan pihak tentera dan polis ke atas ketumbukan pengganas di Kg. Tandou, belum ada pengumuman rasmi jumlah yang terkorban di pihak pengganas. Namun, media Filipina mendapat maklumat lebih kurang 27 angka korban. Angka ini sudah pasti diperolehi dari kumpulan Raja Muda Azzimudie di Kg. Tandou.

Di mana lagi bakinya yang dikatakan mencecah 250 orang itu?

Pasukan Keselamatan negara kita mesti memahami budaya dan kehidupan masyarakat Sulu ini. Selepas ketiadaan Sultan yang sah dan ketiadaan negara yang sah, mereka hidup di dalam suasana perjuangan. Perjuangan mencari wilayah, kekuasaan dan martabat.

Mereka berperang dengan kerajaan Filipina yang tidak mengiktiraf mereka. Dan mereka juga berusaha mendapatkan negeri Sabah yang mereka dakwa sebagai milik mereka.

250 ORANG PENGAWAL ELIT

Raja Muda Azzimudie dikawal oleh hampir 250 orang yang sanggup mati untuk mempertahankannya.

Mereka terlatih dengan perang Gerila, khususnya ketika menentang penjajah Sepanyol, Amerika dan kerajaan Filipina sejak turun temurun.

Mereka boleh menyelam dalam laut selama 30minit hingga 60minit tanpa bantuan alat pernafasan. Mereka boleh hidup dalam hutan, hutan bakau, bukit-bukau atau di laut tanpa bekalan makanan. Tanpa beras mereka boleh hidup dengan hanya memakan putu dan sigup.

Mereka di atas laut dengan bot pancung, yang boleh dinaiki hanya 8 hingga 10 orang. Kelajuannya tidak akan termampu dikejar. Sekelip mata mereka sudah berada di dalam hutan di Tanjung Labian, Tandou dan sekitarnya. Jaraknya pun hanya kira-kira 40km dari kepulauan Jolo, Tawi-Tawi dan sekitarnya.

Mereka belajar Ilmu Kebal dan memakai Tangkal. Mereka boleh hilang sekelip mata. Mereka ada yang tidak lut oleh senjata. Nur Misuari sendiri dikawal beratus-ratus pengikutnya.

Mereka boleh membuat kubu di bawah tanah, dalam dan sederhana dalam, bersiap sedia di dalamnya dan berbulan-bulan. Mereka boleh berjalan kaki dari Kg Tandou mengikut jalan hutan ke Gua Madai dan bersembunyi di dalamnya. Atau mereka menaiki bot, bersampan, berjalan di atas bakau hingga sampai ke Kunak.

PERSOALANNYA

1. Perancangan mereka sangat teliti, membawa lebih kurang 250 orang bukan satu kerja yang mudah?

2. Raja Muda Azzimudie sentiasa bercakap menggunakan telefon radio dengan Sultan Jamalul Kiram III di Tausug City? Maknanya, sistem perhubungan dan logistik mereka sudah diatur lebih awal?

3. Senjata mereka menggunakan senjata moden, bukan parang atau pun senapang patah! Siapa memberi wang kepada mereka untuk membeli semua ini?

4. Mereka membawa wanita, makanan, wang yang banyak. Khabarnya mereka mampu membeli rokok dengan harga RM50.00 sekotak?

5. Gerakan mereka bersepadu, hampir serentak pergerakan mereka di Lahad DAtu, Kunak dan Semporna.

6. Anwar Ibrahim masih tidak mahu mengaku penglibatannya dalam insiden di Lahad Datu. Walaupun Raja Muda Azzimudie mahu bertemu dengan Tokoh Pembangkang Malaysia! Siapa lagi? Perisikan Manila juga mengesahkan penglibatan Anwar Ibrahim! Apakah bantuan yang Anwar Ibrahim telah berikan kepada mereka? Wang Ringgit? Harapan? Janji? Kerjasama? Win-Win Situation?

LESSONS

1. Pasukan Keselamatan khususnya 7 Batalion yang dihantar baru-baru ini tidak seharusnya dikembalikan ke Semenanjung. Batalion ini mesti menetap dan berada di sepanjang pantai Sabah.

2. Di Tungku, Lahad Datu salah satu tempat batter-trade orang-orang Sulu Filipina dengan penduduk tempatan hendaklah dikawal dengan mewujudkan sebuah pos kekal.

3. Program Pemutihan mesti dijalankan semula, kerana sudah lama program ini tidak dijalankan di Sabah.

4. Kami berterima kasih dan gembira dengan operasi Tentera Malaysia dengan harapan semua ini segera ditamatkan. Kami mahu keamanan, ketenangan dan kegembiraan dan semua ini ada di Malaysia, kami tidak mahu berada di naungan negara lain atau apa yang disebut kesultanan sulu yang ramai sangat itu.

Sekian, Assalamualaikum.

Orang Suluk tempatan.
Lahad Datu.

e-mel ini baru sahaja disampaikan kepada kami.

-mymassa-
dari fb : Pergerakan Wira Perkasa Melaka shared Anak Muda Benci Pakatan Rakyat's photo.

*HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI

SALAM PERJUANGAN'

ZAHARRUDDIN ABD MAJID
PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)

Monday, 4 March 2013

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara

JASA DAN PENGORBANANMU DIKENANG:

Barisan perwira yang gugur dalam mempertahankan keamanan dan keselamatan negara.

Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.

Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang, Serian untuk disemadikan.

Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16 dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00 petang ini.

Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.

Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu, Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun. Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.

Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

SUMBER DARI FB : PDRM

*HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI

SALAM PERJUANGAN'

ZAHARRUDDIN ABD MAJID
PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)

SEJARAH SULTAN SULU

MEMANG BIADAP MEREKA INI MEMBUNUH ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA KITA.

HARAP SEMUA YANG TELAH TERKORBAN DITEMPATKAN GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN.

Bak kata orang tua-tua, sebelum kita berperang baik kita kenali siapa musuh kita ini!!!

Pada tahun 1380, seorang ulama keturunan Arab, Karim ul-Makdum memperkenalkan Islam di Kepulauan Sulu. Kemudian pada tahun 1390, Raja Bagindo yang berasal dari Minangkabau[1] meneruskan penyebaran Islam di wilayah ini.

Hingga akhir hayatnya Raja Bagindo telah mengislamkan masyarakat Sulu sehingga ke Pulau Sibutu.[2] Sekitar tahun 1450, seorang Arab dari Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakr tiba di Sulu. Beliau kemudian bernikah dengan Paramisuli, puteri Raja Bagindo.

Setelah kematian Raja Bagindo, Abu Bakr melanjutkan pengislaman di wilayah ini. Pada tahun 1457, ia menubuhkan Kesultanan Sulu dan memakai gelaran "Paduka Maulana Mahasari Sharif Sultan Hashem Abu Bakr".

Gelaran "Paduka" adalah gelaran tempatan yang bermaksud tuan manakala "Mahasari" bermaksud Yang Dipertuan.

Pada tahun 1703, Kesultanan Brunei memberikan Timur Sabah kepada Kesultanan Sulu atas bantuan mereka menumpaskan pemberontakkan di Brunei.

Pada tahun yang sama, Kesultanan Sulu menganugerahkan Pulau Palawan kepada Sultan Qudarat dari Kesultanan Maguindanao sebagai hadiah perkahwinan Sultan Qudarat dengan puteri Sulu dan juga sebagai hadiah persekutuan Maguindanao dengan Sulu. Sultan Qudarat kemudiannya menyerahkan Palawan kepada Sepanyol.

Kesultanan Sulu mempunyai Tartib (Protokol) yang tersendiri termasuk dalam hal pewarisan takhta.
Merujuk kembali kepada sejarah dan adat Kesultanan ini,
Kesultanan Sulu sebenarnya mempunyai dua pewaris (digambarkan dalam bendera Sulu) seperti berikut :

i. Pewaris Pertama - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Azimuddin / Alimuddin I ibni Sultan Badaruddin I dari isterinya gadis Bugis dari Soopeng, Sulawesi. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Keris. Terbahagi kepada dua keluarga : a) Keluarga Kiram b) Keluarga Shakiraullah

ii. Pewaris Kedua - iaitu dari zuriat keturunan Sultan Bantilan Muizzuddin ibni Sultan Badruddin I, dari isterinya seorang Puteri anak pemerintah Puak Tidung di Kalimantan Timur, dikenali sebagai Keluarga Maharajah Adinda. Digambarkan dalam bendera Sulu dengan Lambang Tombak.

Kesultanan Sulu mewujudkan Pewaris Kedua sebagai "Penyelamat dan Penyambung" kepada Kesultanan Sulu, iaitu sekiranya hak Kesultanan Sulu berakhir di tangan Pewaris Pertama. Sejarah perkara ini perlu dilihat kembali kepada semasa pemerintahan Sultan Badaruddin-I ibni Sultan Salahuddin-Karamat yang memerintah sekitar tahun 1718 sehingga 1732.

Putera sulung Sultan Badaruddin-I yang bernama Datu Lagasan menaiki takhta Kesultanan Sulu dengan gelaran Sultan Azimuddin @ Alimuddin I.

Tetapi selepas pembaptisan baginda oleh para paderi Sepanyol di Manila sekitar tahun 1750, baginda telah menggunakan nama Don Fernando de Alimuddin (The Christian Sultan of Jolo). Jika mengikut hukum undang-undang kerajaan kesultanan Islam, hak Sultan Azimuddin / Alimuddin @ Don Fernando de Alimuddin dan keturunannya ini telah termansuh lantaran Pembaptisan baginda itu ke agama Kristian.

Sekitar tahun 1748, telah berlaku perbalahan di antara dua bersaudara ini. Oleh kerana Sultan Azimuddin @ Alimuddin-I telah memberikan kebenaran kepada para Jesuit dan Mubaligh Kristian Spanyol untuk menyebarkan doktrin agama Kristian di Sulu, maka perkara tersebut telah mendatangkan kemarahan kepada saudaranya, Raja Muda Datu Bantilan, yang merupakan putera Sultan Badaruddin I yang kedua.

Bagi mengelakkkan perbalahan itu berpanjangan, akhirnya Sultan Azimuddin-I bersama putera dan puteri serta beberapa orang pengikutnya yang setia telah bertolak ke Zamboanga, dan kemudiannya ke Manila dan diberi sambutan dan layanan yang baik oleh para pegawai Sepanyol dan para Jesuit Kristian.

Semasa ketiadaan Sultan Azimuddin @ Alimuddin I di Sulu, beberapa ahli Majlis Diraja Sulu dan rakyat Sulu telah bersetuju melantik Raja Muda Datu Bantilan menaiki takhta Sulu dan menjadi Sultan Sulu dengan gelaran sebagai Sultan Bantilan Muizzuddin. Baginda memerintah dari tahun 1748 sehingga 1763.

Takhta kesultanan Sulu kemudianya digilirkan antara beberapa pewaris daripada Keluarga Pertama dan Kedua ini. Hinggalah kepada Sultan Sulu yang terakhir daripada Keluarga Kedua iaitu Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo.

Namun, memandangkan usia beliau yang telah lanjut dan tua, beliau kemudian menyerahkan takhtanya kepada seorang pewaris daripada Keluarga Pertama iaitu Sultan Jamalul Azam. Takhta Sultan Sulu kemudiannya dimonopoli sepenuhnya oleh Keluarga Pertama yang kemudiannya dikenali dengan nama keluarga 'Kiram'.

Memandangkan tempoh Maharajah Adinda Sultan Muhammad Aranan Puyo menaiki takhta tidak sampai seminggu, nama baginda sering digugurkan dalam senarai salasilah Sultan-sultan Sulu hingga menyebabkan hak keturunan Keluarga Kedua dinafikan dan tidak diketahui oleh para pewaris daripada Keluarga Pertama pada hari ini.

Waris daripada Keluarga Kedua ini kemudian dikenali dengan nama keluarga 'Maharajah Adinda' dan mereka masih mempunyai hak untuk menuntut takhta Kesultanan Sulu jika ia termansuh disebabkan oleh tindakan daripada Keluarga Kiram ini.

Petunjuk daripada Dalam geran yang ditandatangani bagi pajakan secara kekal bagi wilayah Sabah, dinyatakan sebanyak empat kali perkataan "Pewaris dan Penyambung" atau dalam Bahasa Inggerisnya "The Heir and Successor".

"Pewaris" yang dimaksudkan disini ialah Keluarga Kiram yang ketika itu memonopoli jawatan Sultan Sulu, sementara "Penyambung" yang dimaksudkan ialah Keluarga Maharajah Adinda, yang berhak untuk menuntut kembali takhta Kesultanan Sulu sekiranya terjadi apa-apa perkara yang menyebabkan ianya termansuh oleh Keluarga Kiram.

Pajakan yang dikurniakan oleh Sultan Sulu dahulu merupakan penyerahan secara kekal sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian tersebut "selagi ada bintang dan cakerawala". Disebabkan itulah, mana-mana waris Kesultanan Sulu pada hari ini tidak boleh lagi mempersoalkan apatahlagi menuntut kekuasaan terhadap Negeri Sabah. Kuasa yang boleh dipohon oleh para waris Sultan Sulu yang benar-benar berhak hanya dari segi tuntutan wang pajakan semata-mata.

Kredit kepada:

Ibnu Rusydi