Monday, 18 February 2013

MAJLIS PENTAULIAHAN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA 2012

Salam Anugerah .. ! Majlis telah berlangsung pada :      

TARIKH : 17 Febuari 2013 (ahad)
MASA : 5.30 Petang
TEMPAT : Pusat Khidmat Puteri Bahagian Seremban, Sikamat , Seremban

Program Anugerah ini mula diperkenalkan di United Kingdom pada tahun 1956 dan dikenali sebagai Anugerah Duke of Edinburgh (Duke of Edinburgh's Award). Sasarannya ialah untuk mendorong remaja berumur antara “14 – 25 tahun” untuk melibatkan diri dengan program pembinaan jati diri yang diisi dengan aktiviti sukarela yang seimbang dalam usaha menempuh era pendewasaan.

Sejak 1956, program ini telah berkembang ke lebih 130 buah Negara dengan pelbagai nama seperti Anugerah Duke of Edinburgh, Anugerah Belia Antarabangsa, Anugerah Presiden dan Anugerah Pencapaian Belia Nasional. Di Malaysia, Anugerah ini dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dan diletakkan di bawah kelolaan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Syukur pada Ilahi kerana memberi saya peluang lagi untuk memimpin anak-anak muda untuk Program Remaja Perdana Rakan Muda , kali ini sudah siri ke 4 dengan seramai 265 peserta gangsa dan 9 perak dapat di anugerahkan .

Apa yang dibuat bukan untuk dibangga kan , sejujur nya hati ikhlas ingin membantu anak-anak muda agar dapat membuka minda dan peluang kepada diri mereka sendiri.

Pesanan saya kepada semua yang telah di tauliahkan anggaplah itu di antara rezeki anda, fikir sejenak tentang remaja yang lain di luar sana yang tidak ahu atau tidak berpeluang untuk membuat anugerah ini....

Apa ilmu yag saya dapat saya turunkan kepada anda di bawah saya dengan pelbagai cara mengikut kemampuan diri anda sendiri, namun jika anda tidak mengambil peluang ini sebagai platform untuk anda pergi lebih jauh lagi amat la ruginya.

Saya mungkin tak selamanya akan hidup untuk memperjuangkan masa depan anda, namun saya telah beri peluang di depan mata anda untuk memilih jalan terbaik.

Nasihat saya lagi terima dan jadilah pendengar yang baik kepada semua apa orang nak kata pada kita dengan tenang dan nilai kan sendiri dengan berfikiran positif . Ingat 'UNTUK JADI ORANG YANG HEBAT DUGAAN NYA LEBIH HEBAT'

Mata lalat sentiasa cenderung melihat benda buruk dan busuk sebagai punca kehidupan....Mata lebah cenderung melihat benda bersih indah dan segar sebagai punca kehidupan..mudah2an mata kita cukup bijaksana utk membezakan keduanya.
Gantungkn azam dn semangatmu setinggi bintang di langgit dan rendah kan hatimu serendah mutiara di lautan.Dan bersyukurlah dgn apa yang kita dapatkn,kerana apa pun yang kita lalui di dunia ini adalah jalan yg terbaik yang ALLAH berikan pada kita..

*HIDUP BIARLAH BERBAKTI ,WALAUPUN TIDAK DIPUJI

'

SALAM PERJUANGAN'



ZAHARRUDDIN ABD MAJID
PENGERUSI (PRESIDENT) : PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT (DINAMIK BARAT YOUTH CLUB)
PEMIMPIN (AWARD LEADER): PROGRAM REMAJA PERDANA R.MUDA MALAYSIA (THE INTERNATIONAL AWARD)
KPR (PLATOON LEADER) : IKATAN RELAWAN RAKYAT MALAYSIA
JURULATIH BINA INSAN(YOUTH TRAINER):APBM P.DICKSON (MALAYSIAN YOUTH DEVELOPMENT ACADEMY)
SETIAUSAHA (SECRETARY) : PEMUDA UMNO CAW. RAHANG, SEREMBAN
BAHG. OPERASI (OPERATION SITE) : MBNNS ( NEGERI SEMBILAN STATE YOUTH COUNCIL)